Saturday, August 31, 2013

31 OGOS

Hari ini 31 Ogos. Sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Diharap negara Malaysia akan terus maju, makmur, Dan sejahtera. Amiin... ( dah blur xtau nak taip apa lagi)

Friday, August 30, 2013

LACHANOPHOBIA

Lachanophobia - fobia terhadap sayur-sayuran. Erkkk...

Wednesday, August 28, 2013

JAGA!

Alhamdulillah... Sembuh jugak sakit tekak + batuk2 + flu + demam yang aku dah alami semenjak minggu lepas. Sesungguhnya sakit itu sangatlah tidak menyeronokkan. Waktu kita sakit kerja kita pun semua jadi serabut. Lepas ni kena jaga betul-betul makan, tido kena cukup, rehat kena cukup, semuanya mesti cukup. Baik je aku demam, mak aku pulak yang demam. Macam ganti baton pulak. Hehehe... Apa2pun harap mak cepat2 sembuh ye... Lepas puasa dan raya ni, bila aku timbang berat badan, turun pulak berat. Dari 58kg turun ke 55kg. Satu perkembangan yang tak berapa elok sebenarnya. So, kena buat sesuatu la untuk cover balik berat yang hilang, sebab berat badan ideal untuk aku kira2 dalam 60kg. Entah bila la aku akan dapat berat ideal tu. Hehe.. semenjak dua menjak ni, selera makan aku macam berkurang pulak. Jerawat pun banyak dah tumbuh. Stress kot.. Tapi aku pun tak tau aku stress sebab apa. Hahaha.. Aku rasa aku perlu stop untuk entri ni sebab merapu2 pulak dah benda yang aku tulis. Haha! Demam dah abis betul lagi ni. Tu la tulis pun tah apa2. Tapi ye la kan. Menulis ni salah satu cara nak release stress kalau kita xde teman nak luahkan. Apa2pun tunggu je la entri lepas ni. Mungkin ada benda2 lain yang lebih berfaedah boleh aku kongsi. Oh ye, kalau kita demam, sila minum air suam banyak2. Sila jangan gatal nak minum air ais. Nanti buruk padahnya macam aku. Hahahahaha (takyah la aku bagitau apa padahnya. Korang boleh pikir kot. :p)

Saturday, August 24, 2013

MY FUTURE PLANNING

Tak nak percaya, tapi itulah hakikat. I'm already 25! Hahaha.. Bagi sesetengah org yang sebaya aku, ada yang dah tiga orang anak, tapi aku ada beratus-ratus anak, tapi anak murid la. hahaha... Sungguh cepat masa berlalu, tapi hidup tetap perlu diteruskan. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab sekarang kehidupan aku boleh dikatakan stabil dari segenap aspek. Tapi itulah manusia, terkadang kita tak lepas dari rasa kurang puas dengan kurniaan Tuhan. Bukan aku tak bersyukur, tapi mungkin hingga pada satu tahap, kita perlu melakukan sesuatu untuk lebih memajukan diri. Sebagai contoh, sekarang aku dah sampai level ijazah, teringin juga nak meningkatkan diri untuk pergi ke level master. Tp aku rasa untuk masa terdekat ni, bukanlah masa yangsesuai untuk aku melakukan itu. Keinginan nak sambung blajar lagi tu ada, tp insya allah, mudah-mudahan akan tiba masa tu nanti. Sekarang ni, aku agak sibuk dgn tugas dan kerja kat sekolah. So aku kena pastikan yang aku kena betul2 mantap dan pandai nak bahagikan kerja ngan blajar, sebab aku tahu yang aku ni susah skit kalau nak fokus bnyk benda dalam satu masa. Hehe.. Kepada yang membaca blog ni, kalau ada la, marilah kita sama2 berdoa semoga aku akan berjaya jugak sambung study nanti. Amiin... Haha.. Oh ye, dua minggu lagi budak2 nak ambik UPSR. Tuhan je yang tahu betapa nebesnya cikgu nehh... aaaarghh.. hahaha.. This is my second year teaching english for year six. Last year, i managed to make 25 out of 29 students to pass their english paper, and as for this year, i do hope that all of my students will pass with flying colours. My advise to all of my students, the exam is just around the corner. Focus on doing lots of revision and exercises. I believe in all of you. 

Tuesday, August 20, 2013

COUGH

Hari ini akan tercatat dalam lipatan sejarah. Aku MC. Hahaha. Batuk tak brenti2 malam tadi sampai tak boleh tido. Kalau boleh tak ingin sebenrnya nak makan ubat batuk sbb mengantukkan. Tp dalam pukul 3 pagi macam tu dah X dpt nak tahan lagi, terpaksa jugak telan. Kalau X makan ubat tu tak boleh nak tido rasanya. Lepas ni nak pegi klinik. Harap2 la akan dapat ubat yang boleh tolong sembuhkan batuk ni cepat. Lagipun xbrapa suka sangat cuti2 mc ni. Esok kalau ok skit nak turun keja dah. Malas pulak nak ponteng2 keja ni. X elok. Tp hari ini cheq tpaksa no. Hahahahaha.. :p

Thursday, August 15, 2013

SUGAR CRUSH!

8 Syawal. Mood beraya semakin hari semakin pudar. Macam aku, dari awal2 lagi mood raya memang kureng skit tahun ni. Huhuhu... Tapi itulah dia kenyataan. semakin kita meningkat dewasa, semakin kita rasa kureng mood nak beraya. Tambahan lagi thun ni aku X gi beraya rumah kwn2 sgt, sbb kbnyakan kawan2 aku rumah diorang di Kuching. Aku raya ke 10 nanti baru nak gi Kuching, skali antar kakak aku balik. Em... Pasrah je la. So, aktiviti aku sepanjang raya, tak lain tak bukan memang mengadap TV je la. Kalau penat tengok TV, tido. Bangun tido, main game Candy Crush. Hahaha... Sebut pasal Candy Crush, semua sedia maklum yang game tu sememangnya dah berjaya melenyapkan fenomena angry bird yang pernah popular jugak dulu. Aku ni sebenarnya kurang gemar sangat main game ni. Tapi oleh kerana bosan dan memerlukan sesuatu yang boleh menggembirakan, almaklumla kesunyian. Hahaha.. So aku main je la game ni. Lagipun game ni xde la sangat perlukan kegigihan yang tinggi. Relax je game ni. Setakat post ini ditulis, aku dah sampai level 122. Aku main baru dlm sebulan mcm tu la. Agak hebat la jugak. Hahaha.. Ada jugak org tanya, cepatnya aku main sampai naik level cepat. Tapi itulah dia. Dah xde kerja lain, itu je la yang dihadap. Kesian kan aku... huhuhu... 

Sugar crush! Hehe.. jap lagi nak sambung...

Tuesday, August 13, 2013

I'M BACK! SELAMAT HARI RAYA

Belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir Dan batin. Di kesempatan yang ada, aku nak mintak maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah tersinggung disebabkan oleh kata2 ataupun perbuatan aku yang mungkin aku tak sedari. So, di hari baik bulan baik ni harap2 kita semua dapat menjernihkan segala yang keruh. Sekarang dah masuk syawal yang keenam, nampaknya raya tahun ni agak kurang seronok berbanding tahun2 lepas sebab aku tak pergi banyak rumah kawan2 dan aku demam. Dah lama jugak blog ni tak berpost baru. Ini pun post yang aku try guna Q10 untuk post. Insya Allah lepas ni aku akan lebih banyak menulis dan berkongsi apa yang berlaku dalam hidup aku seharian. Kongsi yang patut je la. Yang lain tu simpan untuk diri sendiri je. Alhamdulillah, tahun ni no 1, no 4 dan no 5 balik beraya di kampung (aku le no 5) . Mak cakap dia berharap sangat tahun depan no 1 sampai 5 boleh balik untuk beraya. Lama jugak smua balik serentak untuk raya pertama. Dan semestinya semenjak tahun lepas lagi aku dah hilang kelayakan untuk dpt duit raya. Aku pulak yang kena bagi duit raya. Tapi xpe la. Mungkin zaman aku dah berlalu, so aku kena sedar sikit la yang aku ni dah 25 tahun. 

Selamat hari raya aidilfitri. 5, ibunda, 1 dan 4. Akan lengkapkah pada tahun depan?