Monday, September 16, 2013

SALAM HARI MALAYSIA 50 TAHUN

Salam Hari Malaysia. Dah 50 tahun dah umur Malaysia. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah sebab aku dilahirkan di negara yang aman makmur ini. Bia dikenangkan keadaan huru-hara yang berlaku di negara lain, memang aku sangat2 bersyukur. Mungkin aku X dpt nak membantu, tapi cukup sekadar mampunya aku selalu berdoa semoga negara2 yang lain akan sentiasa mendapat perlindungan Allah. Terutamanya negara2 Islam yang sedang bergolak sekarang.. Bercerita tentang Hari Malaysia pada tahun ni, mak aku berhajat nak pegi tengok kapal berhias time sambutan countdown hari Malaysia kat waterfront. Kalau nak diikutkan, memang susah jugak nak memenuhi hasrat tu sebab biasalah, time keramaian mcm ni memang jalan sesak. Tapi, demi memenuhi hajat mak, aku gagahkan diri membawa beliau Dan assistant nya untuk menengok kapal berhias..

Dan seperti yang dijangka, jalan jem di area nak masuk kpg Gersik.

Jalan memang jem. Xdpt langsung nak masuk ke kpg Gersik. Aku hampir give up. Tapi melihatkan mak mcm sangat excited nak tengok, aku drive terus pegi area pasar, try masuk simpang Kpg Ajibah Abol. Jalan jemmm jugak. Aku hampir give up lagi. Mulut mak semakin rancak bercerita tentang kapal berhias. Aku gagahkan kudrat ku kluar dr situ dan pergi pulak ke jalan Hopoh.. dan... Jemmm jugak. Aku give up lagi rasa mcm nak balik rumah je dah. Bila tengok muka mak, aku xjadi give up. Aku try pulak nak masuk jalan tokong. Aduhh... Jem jugak... akhirnya mak bersuara... "sikpalah nak.. pulang jak la.." sayu hati bila dengar mak cakap mcam tu. aku dengan berat hati drive balik ke rumah.. tapi odw balik rumah aku try guna jalan astana nak tengok kalau2 jalan kpg Gersik dah clear ke belum. Tapi masih jem jugak wlupun jam dah pukul 9.30 mlm.. akhirnya aku pusing roundabout terus masuk lorong nak kek tol.. So aku bawak mak lepak kat jambatan kalau2 la boleh nmpk kapal2 berhias dari situ. Tapi, hampa.. kapal X nampak pun Dr jambatan tu.. mak pun cakap lagi..."sikpalah.. kita pulang jak..." serius tuhan je tahu bagaimana perasaan sayu aku time tu sebab tak berjaya nak memenuhi hajat mak.. so kami pun mula la nak bergerak balik ke rumah... mak pun dah X bcakap apa2 sbb mungkin kepenatan 3 jam dah stuck dalam jem.. tapi, time kat roundabout gersik, aku batalkan niat nak balik.. aku masuk jugak ke simpang gersik tu wlupun jem.. mak aku hairan sbb kan kami nak balik tadi.. waktu tu aku memang dah berazam, walau apapun blaku, aku tetap nak memenuhi hajat mak aku.. akhirnya, selepas 4 jam merempuh jem, aku berjaya parking kat parking lot tepi kedai makan kat tepi sungai tu... syukur la sbb waktu tu kapal2 masih berlayar dan berlegar2 di sungai.. Dan mak pun berjaya memenuhi hajatnya.. waktu tu, aku rasa sangat gembira dan terharu sebab dah berjaya bawak mak aku tengok kapal berhias. kalau nak ikutkan, tak ada apa sangat la pengorbanan aku nak bawak mak aku tgok kapal ni kalau nak dibandingkan deng pengorbanan mak aku untuk aku.. So aku bersyukur sebab masih diberikan peluang untuk berbakti dengan orang tua. Walaupun kadang2 aku rasa mcm mak aku terlalu ambil berat ngan aku, tp tau tu semua adalah sebab dia sayangkan aku.. jadi hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada.. satu lagi, jangan mudah give up. Kadang2 kita perlu usaha berkali2 untuk mencapai sesuaut perkara.. tak ada benda yang senang di dunia ini.. So, akhir sekali, Salam Hari Malaysia yang ke 50 Tahun, semoga Malaysia terus aman damai dan berjaya. Amin! :)

Wednesday, September 11, 2013

SEPTEMBER!

SEPTEMBER. Dah masuk minggu yang kedua. Ada banyak peristiwa pada bulan ini. Minggu lepas ada regatta kat Kuching. Minggu ni pulak anak2 didikku ada exam UPSR. Minggu depan pulak ada sambutan hari Malaysia. Dan.... Pada bulan ini jugak kerja aku kat sekolah sungguh berlambak-lambak sampai aku sendiri dah tak tau nak buat yang mana dulu. Hari tu sampai malam stay kat sekolah sebab nak menyiapkan kerja... Minggu ni memang agak kurang sikit masa nak rehat. tambahan lagi risau dengan budak2 yang tgh nak ambik UPSR. Haizz... Sesungguhnya bulan ni memang bulan cabaran bagi aku. Dan ada banyak lagi kerja2 Dan event2 sekolah yang akan menyusul selepas ini... Penat sudah tangan ni menaip. harap2 nanti diberikan kekuatan untuk menghapdet blog yang X popular ni... zzzzzz....