Tuesday, October 15, 2013

IT'S OCTOBER!

Fuuh~... Agak lama jugak blog ini tidak terhapdet. Almaklumla... Kerja cikgu ni memang tak pernah habis sibuknya. Apa2pun, selamat bulan Oktober diucapkan kepada semua. Kepada yang menyambut hari lahir pada bulan Oktober, selamat hari lahir diucapkan. Semoga anda semua akan terus dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin... Bulan September dan Oktober ni aku selalu keluar sekolah untuk pergi kursus.. Dan nanti mesti bnyk la LDP yg nak kena buat.. haizz.. Ok la. Nak sambung keja skit. 

SALAM AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas kesempatan untuk bertemu lagi dengan aidil adha kali ni. Fuhh.. akhirnya berjaya jugak aku menjenguk blog yang hampir nak sebulan tanpa post baru. Tahun ni aku sambut raya di kampung je berdua dengan mak. Tahun ni adik-bradik yang lain X balik. Semua beraya di rumah masing2. Raya di kampung tahun ni rasanya kurang meriah sikit sebab X bnyk yang balik kpg. Masjid time semayang raya tadi pun X penuh mcm selalu. Tp apa2pun alhamdulillah.. bila hari raya ni banyak la org2 buat sedekah makan2 di rumah. Cuma aku je yang malas nak pegi. Geng xde.. Kalau gi sorg pun X brapa best jugak. Jadi tersadaila aku di depan TV d pagi raya hingga la ke malam raya dan hari2 yang seterusnya. Hahaha.. esok pulak dah sekolah. Kepada mereka yang akan balik ke tempat bertugas ptg ni sila hati2 ketika memandu ye..