Sunday, August 10, 2014

BRUNEI + LIMBANG

Selamat hari ahad semuanya. Hujung minggu semestinya hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang untuk berehat selepas penat bekerja. Seperti biasa tidak banyak aktiviti yang boleh aku lakukan di Hujung minggu di tempat aku selain dari berehat, tidur, tengok TV, Dan itulah saja. Hahaha.. melainkan kalau aku pegi ke bandar. Sebenarnya, aku suka pergi berjalan-jalan.. cuma aku tak berapa pandai nak atur plan.. kalau nak pegi jalan-jalan ni plan kena mantap dari segala aspek barulah lancar perjalanan.. Tahun ni bulan Mac lepas aku ngan kawan dah plan nak ke Brunei dan Limbang. Lama dah teringin nak pegi sana. Aku ambik cuti sehari untuk pegi buat passport. Memang excited sangat nak pegi, terutamanya ke Limbang, tanah tempat kelahiran aku. Hehehe.. Em... Tapi, atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, plan terpaksa kensel. Huhu.. lepas ni tak tahula bila lagi dapat plan nak pegi ke sana.. Aku berharap suatu hari nanti aku akan berjaya jugak sampai ke tempat2 tu.. 

No comments:

Post a Comment