Wednesday, May 11, 2016

IT'S BEEN A WHILE

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semuanya? Sudah terlalu lama blog ini tidak terusik. Entah mengapa malam ini terasa nak cari dan buka balik blog ini semenjak sekian lamanya. Sudah lama tidak menulis, jadi agak kekok nak mengatur kata. Sepanjang tempoh lebih dari dua tahun blog ini tidak diupdate, banyak sebenarnya perkara yang dah berlaku. Kalau nak dikongsikan di blog mungkin ambik masa yang lama untuk diceritakan. Tapi yang dah berlalu biarlah berlalu. Harap-harap lepas ini akan lebih keraplah aku mengunjungi blog ini dan update. Sebagai diari peribadi yang mungkin ada dalam kalangan orang yang sudi nak membaca kisah hidup aku yang menarik. Hahaha.. Menarik la sangat. Jadi, aku ringkaskan serba sedikit tentang apa yang dah berlaku bermula dari tarikh akhir blog ini diupdate sehingga sekarang.

1. Aku masih mengajar di SK Beladin.
2. Sedang menuntut di peringkat sarjana dalam bidang kurikulum dan pedagogi UKM secara separuh masa.
3. Masih single.
4. Alhamdulilah. aku dah ada rumah sendiri.
5. Emm... Ada lagi ka yang lain.. haha.. nantila akan diupdate lagi kalau ada yang lain.

tapi antara perkara yang paling menyedihkan yang dah berlaku dalam tempoh dua tahun ini ialah aku kehilangan abang yang paling aku sayang, arwah bang man. Bukan la maksud aku tak sayang abang-abang aku yang lain, cuma aku paling rapat dengan yang sorang ni. Kehilangan arwah memang tidak dijangka, walaupun aku memang sangat sedih, tapi aku redha dengan ketentuan takdir. Hari ini 11 Mei 2016 genap setahun pemergian arwah. Aku sentiasa mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. Al-fatihah.

OKlah. Insha allah sekiranya ada kesempatan aku akan terus hidupkan blog ni dengan pelbagai perkara yang mungkin dapat memberikan manfaat kepada semua orang.

-MIB-

Saturday, October 4, 2014

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. Masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas di bumi-Nya pada hari ini untuk mencoretkan sesuatu di blog yg dah lama tidak terupdate ini. Esok seluruh umat Islam di dunia akan merayakan Hari Raya Korban. Bagi mereka yang berkemampuan, bolehlah menjalankan ibadah Korban ini. Bagi yang tidak berkemampuan, cukuplah sekadar kita mengambil hikmah dan iktibar di sebalik kisah pengorbanan Ibrahim A.S... Salam Aidiladha. 

Monday, September 1, 2014

AF2014

Pasti berjaya di Akademi Fantasia...~ Yeah! Akademi Fantasia kembali lagi untuk tahun 2014. 1 sept ni diari akan mula dan seperti musim2 yang lama dulu, diari akan kembali dari isnin hingga Jumaat. Sebagai peminat tegar AF aku rasa diari ni antara benda yang wajib utk AF sebab diari ni la yang membantu penonton untuk kenal student faveret masing2 melalui karenah diorang kat diari. Dari aspek montage promo student pun dah balik mcm yang dulu. Simple tapi mengujakan. Dan aku harap tahun ni tarian menuju puncak akan pakai lagu versi lama tu. Lagu menuju puncak yang baru tu 2nd verse dah xde jadi mcm X best. Aku seperti biasa, masih menyimpan angan2 nak masuk AF tp entah bila la semua itu akan berlaku. Hahaha.. dan bagi yang belum tahun siapa pelajar AF2014, ni la diorang.... 













Sunday, August 31, 2014

SATU HARI DI HARI 31 OGOS


Aritok tek pengilan di Pusa, kazen kawen. So, ofkos nait sampan. Lpas makan apa indh semua, so aku pun raon2 di kpg. Bukan slalu sampei sitok nak. Tiba2, aku ternampak satu adegan 2 org miak laki dlm lingkungan umur 7 tahun brekot lari ketakutan sambil mbak kayu. Bila nya duak mlimpas aku, salah seorang pun berkata, "ada org ngepong nak nganok saya ngan kwn saya. Tlg anok nya CIKGU..." Bila nya sebut cikgu aku alu speechless.. lepas ya dari jauh aku nangga 5 org miak ppuan dlm lingkungan 7 tahun umur. sidak nya la yang ngepong 2 orang ya tek. Pas ya nak 2 orang ya tek alu lari. Aku pun trus bjalan menghampiri kumpulan miak ppuan ya tek. Sidak ppuan ya tek pun brembak kayu juak. Bila aku mlimpas sidak, semua polah mcm malu2 diam dan aku dgr sorg dari miak ppuan ya bbisik, "... Mcm cikgu urang yo.. sabar lok.." aku speechless lagi. Bila aku dah mlimpas sidak dan agak jauh dah, yaaa sidak ppuan ya alu brekot mcm gengster ngepong nak 2 orang tadik. Hahaha.. lucu jak.
Sekian sahaja cerita saya.

Saturday, August 30, 2014

UPSR 2014

Biar gambar berbicara. Hehehe.. Pengalaman baru tahun ni. Harap2 semuanya lancar. Amin... ;)


Sunday, August 24, 2014

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Hari minggu. So biasalah Hari untuk berehat-rehat bagi mereka yang dah bertungkus lumus bekerja dari Isnin hingga Jumaat. Em.. hakikatnya aku sebenarnya tak tau nak tulis apa. Cuma semalam lepas pegi servis kereta aku sempat la menyempatkan diri pegi tengok movie. Cerita "LUCY". Bila tengok trailer memang curious jugak la nak tauk crita tu tentang apa. Overall, dari 5, aku boleh bagi 3 1/2 bintang untuk crita ni. Dari aspek jalan cerita, mudah nak faham cuma matlamatnya tak berapa nak jelas. LUCY ni tentang kisah seorang perempuan yang mampu menggunakan kemampuan akal fikiran hingga 100% selepas secara X sengaja dadah CPH4 yang diletakkan dalam perutnya terpecah. Dari segi logik dan keagaamaan, kena kuatkan iman skit. Sebab crita ni merungkai tentang asal usul kejadian semua yang ada di alam semesta ni yang digambarkan bermula dari satu sel. Apa2pun kena tgok sendiri la baru boleh rasa sronok nya. Lama2 aku tulis ni makin merapu pulak aku. Haha..

Sunday, August 10, 2014

BRUNEI + LIMBANG

Selamat hari ahad semuanya. Hujung minggu semestinya hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang untuk berehat selepas penat bekerja. Seperti biasa tidak banyak aktiviti yang boleh aku lakukan di Hujung minggu di tempat aku selain dari berehat, tidur, tengok TV, Dan itulah saja. Hahaha.. melainkan kalau aku pegi ke bandar. Sebenarnya, aku suka pergi berjalan-jalan.. cuma aku tak berapa pandai nak atur plan.. kalau nak pegi jalan-jalan ni plan kena mantap dari segala aspek barulah lancar perjalanan.. Tahun ni bulan Mac lepas aku ngan kawan dah plan nak ke Brunei dan Limbang. Lama dah teringin nak pegi sana. Aku ambik cuti sehari untuk pegi buat passport. Memang excited sangat nak pegi, terutamanya ke Limbang, tanah tempat kelahiran aku. Hehehe.. Em... Tapi, atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, plan terpaksa kensel. Huhu.. lepas ni tak tahula bila lagi dapat plan nak pegi ke sana.. Aku berharap suatu hari nanti aku akan berjaya jugak sampai ke tempat2 tu..