Monday, May 30, 2011

Cinema: KaraK

Hari ni sebenarnya ingatkan nak rileks2 je kat rumah, tapi abang bawak gi jalan2 tengok wayang. Hehehe.. Aku apa lagi, mesti la seronok. Heheh.. Tadi kami pegi Lotus Five Star Riverside tengok wayang kat situ. Ada 8 orang semuanya kami tadi, tapi kami tak tengok crita sama. Abang aku dengan anak dia sorang tengok Kung Fu Panda 2, kakak ipar aku dan 2 orang anak perempuan dia serta 2 orang adik perempuan dia pulak tengok Nur Kasih. Dan aku, hehehe.. Aku tengok KaraK sorang2. Motif aku pilih crita KaraK ialah sebab aku dah lama tak tengok cerita seram dan aku plan nak menjerit2 time tengok nanti. Muehehehe...

Saya bagi filem ini: 3 1/2 bintang

Emm... Not bad la filem ni. Tapi apa yang aku plan tak brapa nak menjadi la sebab agak kurang scene yang menyebabkan aku menjerit. Tapi secara keseluruhannya, filem ni bagus la dari aspek pengisiannya sebab memang betul2 menginsafkan.. Kenapa takut~~.. Kata kuat iman... Eeee.. mengerikan la hantu cakap mcm tu. Filem ni banyak bagi aku pengajaran dan buat refleksi diri (sentap nampak.. hahaha.. opps...) Dari segi efek, memang seram terutamanya hantu2nya. Tabik kat KRU sebab dah up sket la level filem2 seram Malaysia dari aspek teknikal tu. Jalan ceritanya mudah nak difahami, berkisarkan tentang sekumpulan remaja yang on the way nak pegi Kuantan. Diorang guna Jalan Karak yang lama, dan time odw tu ada la diorang jumpa beberapa benda sampaila diorang kemalangan.. Endingnya pun bagus sebab aku tak dapat nak agak dengan tepat dan unexpected skit. Kalau nak tau apa endingnya, gi tengok kat pawagam cepat. Berbaloi la filem ni untuk ditonton. Marilah kita sama2 sokong filem2 Malaysia. Peace :)

Sunday, May 29, 2011

Hobby, or hobbies?

Terdetik pulak malam ni nak story tentang hobi. Apa itu hobi? What is a hobby? Untuk tidak memeningkan kepala, hobi ni kira macam perkara yang kita gemar atau suka buat la. Setiap orang mesti ada benda atau perkara atau aktiviti yang disukai, tak kiralah ada satu je ker, atau lebih dari satu pun ada. Mari kita tanya diri kita, apakah hobi saya? Hehehe... So untuk post kali rasa macam nak share pulak dengan pembaca2 setia blog ini tentang hobi-hobi aku (kalau ade.. hahaha.. kalau tak de pun takpe.. diri sendiri je la yang baca.. :P )... Aku ada lebih dari satu hobi, jadi aku pilih la top 3 hobi yang aku paling suka skali. (paling suka skali? kalau cikgu BM baca ayat ni memang kena la aku. patutla SPM aku dapat BM 3B.. hahaha...)


Hobi tempat ketiga: Dengar lagu

Aku suka dengar lagu. Tak kiralah apa genre, asalkan sedap di telinga aku akan dengar. Dek kerana suka mendengar lagu la aku ni slalu je ketinggalan dalam mengetahui info2 penting kalau orang buat pengumuman dalam kelas, sbab kalau kat kelas, time lecturer takde, kompom telinga aku akan disumbat earphone. Hehe.. So aku tak boleh la nak salahkan orang kalau aku tak tau ada pertukaran jadual kelas ke, ada perjumpaan skian2 jam ke, sbab aku xdgr time orang bagitau.. hehe.. Oh ye, time sebelum tido pun aku mesti kena dgr lagu, kalau tak memang susah la nak lelap mata...


Hobi tempat kedua: Menonton wayang


Pada suatu hari, bestfriend aku, Nuruddin Zaidi a.k.a Badeng bawak aku gi tengok wayang. Kalau tak silap kami form 3 time tu. Tapi time tu bukanla first time aku tengok wayang, first time aku tengok wayang time aku umur 5 tahun (tengok movie Toy Story, waktu tu Miramar masih ada panggung wayang). Ok kita sambung cerita. Semenjak Badeng bawak aku tengok wayang tu, aku pun mula suka tengok wayang. Kalaula boleh dikumpul smua tiket wayang yang aku tengok, rasanya adala dalam 150++ keping (banyaknyer.. tapi sayang aku tak kumpul pun...) Aku rasalah, kat Malaysia ni aku je satu2nya orang yang akan tengok crita yang sama kat wayang 4 kali. Rekod tuh. Hahaha.. Kononnya best sangat la movie tu sampai aku sanggup tengok 4 kali kat wayang.. Kawan2 aku tak tau nak cakap apa dah tentang hobi aku yang satu ni.. Hehe.. Takpe.. Janji aku bahagia kan. Daripada aku bli rokok baik aku gi tengok wayang (opps... kepada perokok2, tak terniat nak sentapkan anda2 ye.. skadar nak buat analogi saje.. ehehe..:P)


Hobi tempat pertama: Nyanyi ler.. haha..


Hobi yang ni paling aku suka. Mungkin dah darah seni mengalir dari arwah bapak aku kot, so yang mengalir kat aku bakat nyanyi. Bakat main instrumen tak de sangat, smua abg2 aku dah ambik kot. Hehe... Tapi aku memang suka nyanyi. Kalau aku dah sorang2 kat bilik ke, kat umah ke, akan bermulalah projek aku melalak sorang2. Kadang2, aku akan pegi karaoke ngan kawan2. Sebenarnya, family member aku tak brapa tau sangat dengan bakat semula jadi aku ni yang boleh menyanyi dengan baik ( baik ke.. haha.. prasan je la aku neh).. Tapi tu lah hakikatnya.. Aku pun tak pernah nak tunjuk sangat minat nyanyi aku ni kat umah. Aku biasa nyanyi ngan kawan2 je dan time kat IPG. tapi kan, ada suatu hari tu, mak aku bagitau macam ni, " Mak suka la dengar kau nyanyi lagu Saiful yang Ku Juga Mencintaimu tu..." Err... Heran jugak ye.. Bila masa dia pernah dengar aku nyanyi lagu tu.. Emm.. mungkin ada la tu time yang aku tak ingat. hehe.. Jadi skrg ni kalau ada masa2 lapang, aku memang akan ambik kesempatan untuk nyanyi dan disamping tu blaja jugak la nak improve nyanyian. Sekadar untuk suka2.. Lagipun menyanyi boleh buat aku hepi, dan yang penting, dengan nyanyi aku boleh ekspres feeling yang aku tak terluahkan.. Wah.. haha..

So, itulah hobi2 aku? Hobi korang pulak ape? Sebenarnya, bagus kalau kita ada hobi ni. At least kita ada sesuatu yang nak dilakukan pada masa lapang. Tentang baik dan buruk hobi tu, aku no komen la. Tapi apa yang penting, hobi kita tu terdiri daripada aktiviti yang sihat dan tidak memudaratkan diri dan orang lain. Bagi aku, hobi2 aku ni ok je la.. slagi aku hepi, aku rasa tu dah mencukupi. Dan sebagai penghargaan kepada mereka yang baca post ni, ni ada satu video aku nyanyi. Tak la sedap sangat.. Hehe.. tapi sebagai ucapan terima kasih kepada anda2 yang dah sudi membaca blog ni.. Hehe.. Enjoy the video... :)


video

Saturday, May 28, 2011

Cinema: Diary Of A Wimpy Kid: Rodrick Rules

Emm... So, untuk permulaan, aku nak wujudkan satu segmen la kat blog ni (ala2 rancangan tv pulak. hehe..) yang antara rasionalnya adalah untuk membuat review tentang movie2 yang aku tengok kat panggung wayang. Jadi kita mulakan dengan movie Diary of A Wimpy Kid: Rodrick Rules.

Saya bagi filem ini: 4/5 bintang

Aku dah mengikuti first movie dia, so semestinyalah aku nak tengok sekuelnya. Heheh.. Secara keseluruhannya, aku suka la filem ni. Bagi orang yang nak santai2, gelak2 nak ilangkan tensen, movie ini sangat direkemen untuk anda. Oh ya, dan juga kepada penggemar siri Malcom in the middle, ini pun movie yang terbaik untuk anda. Kisahnya simple je, tentang Greg, seorang budak middle school yang ada seorang abang, Rodrick dan mereka berdua ni memang la tak ngam. Dalam movie ni, diorang telah disuruh oleh ibu bapa diorang untuk melakukan bnyk benda untuk memulihkan hubungan diorang. So, tak nak crita lebih2, tengoklah di pawagam yang berhampiran... hehe..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Secara rasminya... Pada hari ini, 28 Mei 2011, blog ini telah dibersihkan dari post2 yang lama, dan bermulalah episod baru dalam hidup aku. Walaupun beberapa minggu ni aku diuji dengan pelbagai dugaan dalam hidup yang adakalanya menyebabkan aku rasa give up nak hidup, tapi alhamdulillah, aku masih diberi akal yang waras untuk berfikir... Walaupun apa yang berlaku, hidup mesti diteruskan.. Ada Tuhan yang akan selalu menolong hamba-Nya, dan Allah tidak akan memberikan cabaran kepada hamba-Nya sekiranya dia tidak mampu untuk menempuhnya.. So I can do it! Yeah.. hehe..



Jadi, dengan bermulanya post yang baru ni jugak, aku berharap aku akan dapat mulakan hidup baru yang lebih best lagi dari yang sebelumnya. Aku harap aku akan dapat hidup dengan aman damai tanpa gangguan persekitaran atau konflik2 nonsense yang sebenarnya hanya menjadikan hidup aku rasa x best dan tension. Jadi, berpegang pada prinsip2 aku, jangan buat apa yang kita tak nak orang buat kat kita pada orang lain... dan hormatilah seseorang itu sepertimana dia menghormati kita. So, tunggulah post2 berikutnya yang akan aku publish kat blog ini dan pastinya berkaitan tentang aku, apa yang aku buat, apa yang aku suka, apa yang aku tak suka... =P