Wednesday, December 14, 2011

AKAN KEMBALI...

Aok la oo.. Erm.. Sudah lama rasanya aku tidak membuat review movie-movie yang aku tengok kat wayang. Insya allah, review filem akan kembali sedikit masa lagi. Ada beberapa movie yang aku tengok dalam dua bulan ni akan dibuat reviewnye ye.. Hehehe.. Alu klaka Bahasa Melayu baku gik dah. Emm.. Xpa... Aku blogging ikut mood la. Mun rasa nak naip bahasa sarawak, bahasa sarawak la nya. Mun tertaip bahasa melayu baku, nah.. Baku la nya.. hehe... Bah, nak tido da.. Esok pagi ada benda nak disetelkan. Daa..~

TIBA



Tok adalah lagu pertama yang aku compose sendiri... Harap sudi2 la mendengar... Komen dan kritikan membina anda amat diperlukan.. sekian terima kasih.. :P
*Ada juak lagu-lagu yang aku polah cover.. boleh la view channel Youtube saya... hehe...

HASIL USAHA LIMA TAHUN DAN SETENGAH... ALHAMDULILLAH...



Beberapa hari yang lepas, result final aku dah keluar. Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pengajian aku, Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Pengajian Matematik (Pendidikan Rendah) dengan ijazah kelas kedua bahagian bawah dengan CGPA 3.54. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur dengan keputusan yang dah aku dapat hasil keputusan aku sendiri, walaupun pada hakikatnya aku target untuk dapat CGPA lebih tinggi dan at least grad dengan ijazah kelas kedua bahagian atas. Sikpa, insya allah, jika diberi kesempatan dan peluang, aku pasti akan sambung belajar dan insya allah aku cuba untuk dapatkan result yang lebih baik pada masa akan datang. Amin...
Emm... Masih belum ada kabar lagik tentang surat posting. Nebes juak rasa menunggu. Hehe.. Apa2pun, sekarang tok aku nak rehat sepuasnya sebelum menempuhi alam yang penuh dengan kerja kelak. Semenjak mak aku datang dari kampung ke Kuching, aku rasa berselera jak makan sebab mak aku yang masak, dan yang pastinya makan minum aku memang sangat terjaga. Hari tok ajak tek aku makan nasik tiga kali. Hahaha.. Aduh.. Sik lamak agik gemuk la aku tok. Mun ajak la... Hahaha.. Tapi harap-harap juak la aku akan dapat menggemukkan sikit badan aku biar berisik sikit. Senang sikit nak beli baju ka, dan at least sik la terlalu kurus seperti sedia ada tok. Paling latest aku timbang, berat badan aku ialah 50.2 kg. Wah.. Dah mencapai 50 kg dah.. Harap-harap ada peningkatan lagik la selepas tok... :P

Monday, December 12, 2011

NEW. BARU.


Lama sudah blog ini tidak dijenguk. Apa khabar semua? (mun ada orang follow blog tok la.. Huhu..) Emm.. Tergerak hati nak menulis malam tok. Nak berkongsi perkembangan terkini. Pertamanya, nak bersyukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah... Masih diberikan kesempatan untuk hidup di dunianya yang sementara tok. Seterusnya, syukur juak skali gik sebab akhirnya, aku telah berjaya menamatkan pengajian selama 5 tahun setengah di IPG KTAR dengan seribu satu kenangan yang sik mungkin akan aku lupakan. KISSM pun dah lepas, interview pun udah juak. So, sekarang tok hanya menunggu surat keramat yang akan memberi petunjuk di mana akan aku memulakan karier aku sebagai seorang pendidik. Maksudnya, tahun depan, 2012, akan bermulalah fasa baru dalam hidup aku, memasuki alam pekerjaan. Alam yang sememangnya aku blum ada pengalaman langsung. Harap2 la aku akan dapat melaluinya dengan baik. Oh ya, result exam pun dah keluar. Hasil usaha 5 tahun setengah di IPG KTAR akhirnya telah memberikan aku CGPA 3.54 dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pengajian Matematik (SR) dengan ijazah kelas Kedua bawah. Aku bersyukur la dengan keputusan yang aku dapat, tapi secara jujurnya... Aku rasa sedikit terkilan dengan result ya. Bila aku kira2 brapa pointer aku untuk semester akhir, tersangatlah rendah. Yalah kan, kita pun sik tauk mungkin segala usaha aku memang bernilai sekecil ya. Tapi, aku rasa aku dah berik yang lebih dari nilai ya. Dan aku rasa mungkin sik sepatutnya aku dapat hanya ya jak. Dah lumrah manusia, susah nak berpuas hati dengan apa yang diperoleh. Tapi aku ada sebab dan alasan untuk sedikit mempertikaikan keputusan yang ada. Walau apa pun, aku redha dengan apa yang dah terjadi. Andai kata la memang ya la result sebenar aku, what to do. Mungkin exam aku teruk, aku rasa aku jawab betul tapi mungkin juak sebenarnya salah. Who knows. Dan mungkin juak gred internship aku rendah menyebabkan pointer aku drop terlampau lah banyak. Tapi mungkinkan gred internship aku terlalu rendah? Terfikir juak aku untuk kontek IPG KTAR untuk check result penuh macam ne. At least dapat la juak aku kesan di sine kelemahan aku sehingga pointer aku jatuh merudum. Dapatla juak aku molah muhasabah diri untuk penambahbaikan. Tapi, bila dikenangkan balit, rasa berat pun ada juak nak pegi check sebab rasanya officially result dan dimeetingkan dan dah diconfirmkan. So, mungkin perubahan yang agak mustahil untuk dibuat. Seriously, lepas jak aku dapat tauk CGPA akhir aku, hanya tuhan jak tauk betapa down nya aku. Tapi alhamdulillah... Sekarang tok dah ok juak sikit dah. Lepas mbak gi jalan2 ngan kawan2 marek. Hidup mesti diteruskan. Apa yang penting sekarang tok ialah apa yang ada di depan. Kita jadikan yang dah berlaku sebagai pengalaman yang akan menjadikan kita lebih kuat dan bermotivasi untuk maju ke depan... Duh... Bergenang indah air mata menaip post tok. Cukup la untuk post tok. Hopefully aku aku lebih bersemangat untuk meneruskan apa yang menanti aku pada masa akan datang. Sekali lagi aku nak ucapkan kepada diri aku sendiri dan rakan2 IPG seluruh Malaysia yang telah berjaya menamatkan pengajian selama 5 tahun setengah. Jumpa anda semua time konvo bulan Mac tahun depan... :)

Saturday, October 15, 2011

TESTING!

testing2. €cuba blogging pakei hp. hehe.. emm.. hujung minggu tiba lagi. dan hujung minggu aku tetap juak seperti biasa. boring jak. sik tauk apa nak dipolah. oklah. susah nak naip k hp tok. nak polah keja la skit lok. pastok ku molah post baru gik. bnyk nak dikongsi dengan anda semua..

Monday, August 29, 2011

29 Ramadan

Sudah lama benar blog ini tidak dikemas kini. Kesibukan yang melanda diri ini tidak memungkinkan diri ini untuk mengarang di sini. Ceyhh.. haha.. Nang ade bermadah pujangga... Hehe.. Minta maaf ye kepada mereka yang follow blog ni (kalau ada la hahaha) sebab lama x diupdate. Ye la kan... Di tahun2 akhir ini, banyak tugasan dan keje2 nak dibuat. Kalau tak buat tak grad laa nanti.. Huhu.. Ketika entry ini ditulis aku sedang bersantai di kampungku yang tercinta yang indah permai... dkat nak stahun dah tak balik. Raya ni baru bkesmpatan nak balik. Oh ye... Sebut pasal raya, sekarang ni dah 29 Ramadan... Wah.. dihujung2 Ramadan dah... Tak terasa bulan Ramadan nak meninggalkan kita. Ni silap2 hari bulan esok raya ni. Tapi tak tau la kan. Kita tunggu penyimpan mohor besar raja2 buat pengumuman malam nanti.
Emm... Raya tahun ni aku sorang je balik kampung. Adik bradik yang lain x balik. Jadi aku ngan mak je yang braya.. Dengan Pak Usu sorang. So kami akan raya bertiga je la. Tapi takpe.. Yang penting kita semua dapat beraya dengan bahagia... huhu... Hari ni tadi kemas2 rumah skit. Kira mcm nak ready dah nak raya...

Dah siap dah rumah dikemas...

Emm... Di kesempatan yang ada ni, dengan rasa penuh rendah hati dan penuh ikhlas, saya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Saya ingin memohon maaf sekiranya saya pernah menyakiti hati anda, terkasar bahasa atau perbuatan, atau terbuat apa2 sahaja yang tidak berkenan di mata dan hati anda. Sebagai seorang insan yang lemah dan tidak sempurna, saya tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi, saya ingin mohon maaf zahir dan batin. Semoga hari raya pada tahun ini akan memberikan kita kebahagiaan... Dah xda idea dah nak taip ni.... Nanti2 update lagi yea...

Friday, July 8, 2011

Pada awalnya tadi aku memang dah nak tido sebab kesihatan yang tak begitu mengizinkan. Selesema + batuk skit2 + rasa panas dalam badan menyebabkan badan aku rasa lemah dan tidak bermaya. Mungkin semua ni disebabkan oleh kesibukan yang melanda aku untuk tiga minggu berturut2 dan akan bersambung lagi pada minggu depan. Minggu pertama untuk semester 8 di kampus dah disibukkan dengan latihan koir untuk konvo yang berlaku tiap2 hari, ditambah lagi dengan melatih budak2 junior untuk koir perhimpunan rasmi bulanan. Kira sejarah terlakar jugak la. First time aku conduct koir. haha.. Masuk minggu kedua, masih lagi sibuk jugak dengan latihan koir untuk konvo, dan juga aku dikhabarkan yang aku join group nasyid untuk wakil kampus kat IPBL 15 Julai ni. So sibuk lagi aku dengan latihan untuk nasyid jugak... Masuk pulak minggu ketiga, hari konvo pun tiba. latihan nasyid masih berjalan dan tak dijangka pulak kami pasukan koir konvo dijemput oleh CM nyanyi kat dewan suarah esok (9 Julai). Terpaksa buat latihan intensif.. Ditambah lagi aku dipilih jadi fasi pulak untuk program untuk junior hujung minggu ni.. Tapi aku terpaksa tolak sebab ada koir... Lepas koir kat dewan suarah esok, aku masih lagi bz bila masuk minggu keempat nanti dengan latihan nasyid, dan coming soon, jadi juri untuk malam bakat adik2 junior... Waaah... Memang terisi dengan begitu padat sekali 4 minggu aku ni.. oh ye.. minggu keempat tu jugak ada pertandingan nasyid kat IPBL tu tadi.. Hope kami dapat buat yang terbaik la untuk menebus apa yang dah berlaku 2 tahun yang lalu.. Huhuhu... Eh... Rasanya aku dah pernah bagitau ttg smua ni kan... Adei.. Suka nak jadi Astro kan.. Haha.. takpe la.. Yang penting aku suka.. Heheh... Apa yang aku nak highlightkan untuk post ni sebenarnya ialah tentang apa yang dah berlaku pada hari ni waktu sesi tutorial...
Hari ini adalah giliran aku dan 3 orang rakan yang lain untuk mendapat surat2 cinta dari kawan2 tentang penghargaan terhadap rakan2. Terima kasih kepada semua kawan2 SMPMT1108 yang dah sudi berkongsi perasaan diorang terhadap aku. Walaupun ada positif dan negatifnya, aku terima semuanya dengan hati yang terbuka. Sepanjang 5 tahun bersama anda semua, banyak yang telah saya belajar. Dari seorang yang kekurangan, menjadi seorang yang terisi dengan banyak kelebihan yang menjadikan saya seorang yang lebih tabah dan berani dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba ini. Hehe.. Apa2pun, aku sangat terharu dengan semua yang korang semua dah tulis tentang aku. Ada yang tulis panjang2, ada yang tulis pendek, tapi aku tau yang semua yang korang tulis tu jujur dan ikhlas dari hati. Terima kasih sekali lagi kawan-kawan.. :) Diharap kita semua akan terus berkawan sampai bila2.. Amin.. Oklah.. Cukupla untuk malam ni. Esok nak kena bangun awal untuk koir kat dewan suarah... Gudnite... Zzzz....

Monday, July 4, 2011

Cinema: Green Lantern


Saya bagi filem ini: 3.5/5 bintang

Satu lagi filem superhero. Agak menarik jugak la bagi aku filem ni dari aspek grafik dan sinematografi. Tapi dari aspek plot dan jalan cerita, aku tak tau nak komen apa sebab aku bukan pengikut komik Green Lantern. Tapi based on pendapat2 orang yang memang ikut komik ni, diorang meluahkan rasa kecewa sikit la sebab apa yang diorang tengok tak sehebat seperti yang diorang expect. Emm.. Aku no komen la. Heheh... Cuma tu lah... Action agak kurang sedikit la. Sebab penjahat mati dengan senang je di tangan hero. Satu tumbukan je dia guna nak tewaskan penjahat tu. Hehehe...

Cinema: Super 8

Bila tengok trailer movie ni, memang menimbulkan tanda tanya la, apa sebenarnya di sebalik filem ni. Trailer filem ni memang berjaya la menimbulkan rasa curiosity dalam diri aku untuk datang tengok dan nak tahu apa yang berlaku. Haha...

Saya bagi filem ini: 3.7/5 bintang

Filem ni memang menguji kesabaran aku la. Mana tak nya, dah nak abis cerita pun aku masih tak tau apa sebenarnya yang dah membuat kekecohan kat bandar tu. dah hujung2 baru terlerai semuanya. Memang tersiksa skit la jiwa sebab time kita tengok kita macam masih blur tak tau apa berlaku kat bandar tu sedangkan kita memang dah tengok dengan fokus tu. Rupa2nya alien... Hahaha.. Apa2pun cerita ni bagus untuk ditonton bersama kawan2 dan sahabat handai. Hehe...


Masih lagi dalam minggu sibuk

Minggu baru bermula lagi. Dan seperti biasa, rutin harian pegi kelas, balik kelas, pegi makan, tengok tv... Tapi aktiviti IPG aku masih belum habis lagi. Coming up next ada latihan koir untuk konvo hari Khamis ni (7 Julai 2011) dan pertandingan nasyid hari jumaat minggu depan (15 Julai 2011 kat IPG KBL). Eh.. ada satu lagi.. Jadi juri jemputan untuk Malam Bakat Pelajar baharu IPG KTAR hari Khamis depan (14 Julai 2011). Hmm... Penat tak payah nak digambarkan la.. Tapi apa2 pun aku nak menikmati hari-hari akhir di IPG dengan penuh bermakna dan kalau boleh nak involve dengan aktif la. Hehe.. Al maklumla.. Lepas ni susah nak dapat pengalaman macam ni kat tempat2 lain. Kat IPG je ader..

Friday, July 1, 2011

Life must go on (^^)

Sedar tak sedar, dah minggu kedua dah kuliah di kampus. Dalam masa dua minggu ni, macam2 perkara yang blaku kat aku, sama ada yang dijangka atau pun yang tak terjangka dek akal. Walaupun ada kalanya aku rasa lemah dan tak mampu nak menghadapi semua kejadian2 tu, tapi aku tak boleh nak mengalah. Hidup mesti diteruskan. Dalam hidup ni, tak semua orang sukakan kita. Aku pun malas nak mengulas lanjut tentang satu peristiwa yang aku rasa sangat menyedihkan aku pada minggu ni. Apa yang aku tahu, siapa yang benar akan tetap benar, dan lambat laun orang akan tahu kebenarannya. Dah la.. Nak diceritakan pun tak ada gunanya. Lebih baik teruskan kehidupan. Ada banyak lagi benda yang aku nak buat. Takkan kerana peristiwa macam tu aku nak mengalah. Cuma aku harapkan aku akan terus diberikan kekuatan untuk menghadapi semua dugaan yang bakal ditempuh pada masa depan... Selamat hari Jumaat semua. Nanti2 aku story2 lagi keyh.. (^^)


Hayatilah lagu ni... Semoga kita semua akan diberikan ketabahan untuk mengharungi hidup penuh cabaran ini...

Thursday, June 23, 2011

Sahabat, kawan, dan ... (part 2)

Fuhh....~ Super duper penat hari ni. Sepanjang hari penuh ngan kegiatan. Tapi demi IPTAR tercinta, ku gagahi jua walaupun sampai mandi pun jam 11 malam baru sempat. Hehehe.. So ni adalah part 2 untuk post bertajuk seperti di atas. Terdetik lagi hati nak menulis malam ni, dan sebabnya pun lebih kurang sama. Hari yang agak menyeronokkan bagi aku walaupun penat sikit, tapi secara tiba-tiba segala rasa seronok dan penat tu berubah menjadi rasa sedih dan pilu yang teramat sangat selepas apabila aku bukak FB... (macam dejavu jak...)
Kenapa?
Senang cerita la. Sebelum apa2 aku harus buat disclaimer, mintak ampun mintak maaf, apa yang nak ditulis ni tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada tu mungkin secara kebetulan sahaja. Sekadar nak buat refleksi diri supaya dapat jadi orang yang lebih baik dari apa yang sedia ada..
Memang susah kita nak puaskan hati semua orang. Tak semua perkara yang kita buat dalam kehidupan orang boleh terima. Itu satu fakta yang tidak boleh kita sangkal. Tapi, kalaulah perkara yang kita buat tu tak salah, bahkan tidak pun mengganggugugat ketenteraman atau kesejahteraan hidup orang di sekeliling kita, tetapi orang tetap tak suka dengan perkara yang kita buat tu sehingga dia rasa benci ngan kita, adakah kita bersalah sehingga menyebabkan terbit sifat2 benci dlm diri orang tu yang kita sedia maklum tak begitu baik untuk kesihatan? Bahkan kita tidak jugak memaksa orang-orang yang tak suka tu untuk ambil kisah dengan perkara yang kita buat tu. Dan akhirnya, untuk mengekspresikan rasa tidak sukanya itu, mulalah kata-kata dan pernyataan yang tak ingin kita dengar mula disebarkan kepada umum yang boleh mentafsirkan apa yang dinyatakan itu dengan seribu maksud yang tidak benar. Apakah rasionalnya orang-orang tersebut mengekspresikan rasa bencinya itu kepada umum, sedangkan kita tak memaksa orang untuk ambil tahu atau suka apa yang kita buat. Kalau suka, fine, terima kasih diucapkan. Tapi kalau tak suka, kenapa kita tak diam sahaja dan abaikan. Itu lebih baik rasanya dari kita ekspresikan benda2 yang tak elok. Akan tetapi, dalam satu kes, ada jugak orang lain buat perkara yang sama kita buat, tapi orang tu tak pulak benci ngan orang lain tu. Bahkan diberi sokongan serta kata rangsangan sebagai galakan. Kenapa orang tu boleh ada dua jenis respons sedangkan kita dan orang lain tu buat benda yang sama? Orang tu tak suka kita ka? Apa masalah sebenarnya dalam situasi ni? Kenapa orang tu buat kita begitu? Tak habis fikir dibuatnya. Walau apa pun, sesiapa yang berada dalam situasi macam ni harus banyak bersabar. Sebab tak ada gunanya kalau kita nak berdendam dengan orang yang bersikap sebegitu. Apa je yang kita akan dapat kalau kita lawan balik apa yang dia cakap tentang kita? Kita hanya akan dapat penat dan semestinya keadaan akan menjadi lebih teruk. Aku pun tak tau apa yang aku merepek ni. Tapi, harap2 sapa yang baca ni dapat memahami senario atau situasi yang nak aku gambarkan kat sini, sebab senario ni memang selalu berlaku dalam masyarakat. Setelah aku tulis post ni, aku rasa tak de guna kalau aku nak bersedih2... Dah lumrah hidup nak buat macamana.. Tak semua orang suka kita... Apa yang penting, aku tak susahkan hidup orang lain. Tapi kalau ada yang pernah terasa hati dengan aku, dengan kerendahan hati, aku nak mintak maaf, dan tak pernah terlintas di hati aku nak mewujudkan sengketa dengan mana-mana makhluk Allah di muka bumi ini.

Hidup mesti diteruskan walau apapun terjadi.

Sunday, June 19, 2011

Cuti Sudah Tamat!

Tamat sudah sesi cuti pertengahan semester, dan esok aku akan pulang ke kampus untuk menjalani semula kehidupanku sebagai seorang guru pelatih yang masih sedang belajar di semester akhir. Wah.. Semester akhir dah.. pejam celik pejam celik, perjalanan aku kat IPG KTAR hampir berakhir.. Ngantuknya mata.. dah la.. Esok je la sambung lagi ye.. :P Nite!

Saturday, June 18, 2011

Sahabat, kawan, dan ...

Alhamdulillah... Di penghujung cuti ni aku rasa agak hepi sikit la sebab banyak waktu diluangkan bersama kawan-kawan. At least ada jugak la aktiviti aku slain dari duduk terperap kat umah. Memang menyeronokkan. Dapat melawat skolah, dapat jumpa kawan-kawan lama, kawan-kawan baru, sharing cerita, tengok wayang, lepak makan-makan.. Macam2 aktiviti. Balik sampai lewat malam pukul 1. Hehe.. Terima kasih sebab sudi bawak jalan2 ye kawan2. hehe... TETAPI.... Emm... Entahla, secara tiba-tiba keseronokan tu hilang apabila aku bukak FB... Kenapa?
Sebabnya ialah... Emm... Nak tau ke? Susah nak dijelaskan. Tapi biarlah aku terangkan secara bayangan je lah. Takut nanti ada yang terasa. Sebelum tangan aku menaip lebih laju lagi, aku nak meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Sesungguhnya apa yang akan aku taip ni tak berkaitan dengan sesiapa pun sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kalau ada pun mungkin tu smua hanya kebetulan. Dah bagi tau awal2 ni...
Dalam hidup ni, selain keluarga, orang yang paling rapat dengan kita ialah tak lain dan tak bukan kawan-kawan kita. Bahkan, ada di antara kita lebih rapat dengan kawan-kawan berbanding ahli keluarga sendiri, dan aku rasa aku tergolong dalam kelompok tu. Aku ni kurang rapat dengan famili. Pengalaman hidup di sekolah asrama selama 5 tahun dan disambung lagi di IPG hampir nak 5 tahun jugak menjadikan aku lebih senang dan rapat dengan kawan-kawan sebab kehidupan aku lebih banyak dihabiskan di sekolah dan jugak di IPG. Tapi, ni bukan isu sebenarnya. Apa yang aku nak luahkan ialah tentang persahabatan atau dalam bahasa orang putih friendship. Hmm.. macamana nak mulakan... OK, senang ceritalah. Ni bukan nak angkat bakul la, tapi aku nak bagitau yang aku kalau dah berkawan ngan orang, aku memang kawan dengan ikhlas dan terima orang tu seadanya dia. Kalau dia kaya ka, miskin ka, so what? Yang penting orang tu betul2 nak kawan ngan aku. Tapi, dalam kita berkawan, mungkin ada waktunya kita akan rasa terkilan ngan perlakuan atau percakapan kawan kita, dan itulah yang berlaku ngan aku sekarang. Bukan nak perasan, cuma hati aku ni kuat mengatakan yang segala yang dilakukan atau dituturkan tu adalah ditujukan kepada aku. Tak tau la kenapa aku rasa macam tu. Tapi yang jadi persoalannya ialah kalaulah betul2 ditujukan ngan aku, kenapa? Apa sebabnya? Apa aku dah buat sampai kena label macam tu? Kalaulah kita memang sahabat atau kawan yang betul2 kawan, rasanya kita tak perlu nak melontarkan kata-kata macam tu yang secara tidak langsung mungkin akan membawa kepada fitnah. Secara jujurnya, aku memang agak sedihla kalau kata-kata tu dilontarkan kepada aku sebab perkara tu memang TIDAK BENAR sama sekali! Sebagai manusia, aku tahu kita tak sempurna tapi aku tetap sentiasa berusaha untuk menjaga hati setiap kawan2 aku. Tak tau la kenapa benda2 macam ni boleh berlaku. Bagi orang yang tak kenal ngan kita, kalau terbaca fitnah macam tu, mungkin diorang akan terus percaya dan akhirnya akan memberikan tanggapan negatif orang2 lain terhadap kita. Dan akhirnya kita yang dicop sebagai penjahat dan orang yang bersalah, dan orang pun mula tengok kita semacam dan kita akan terus dipulaukan. Hal ini jugak memberikan gambaran seolah2 kita ni sejahat-jahat manusia di dunia ni. Tapi kan, nmpak mcm kita (aku) ni asyik menerima kebaikan je dari orang lain, seolah2 kita (aku) ni tak pernah berbudi ngan orang. Bukan la kita tak ikhlas, tapi tu analoginya lah. Kenapa la kita sibuk nak kira kebaikan kita ngan orang lain dan perkara buruk yang orang buat kat kita? Pernahkah kita fikir tentang kebaikan yang pernah orang buat kat kita hatta sebesar zarah? Pernahkah kita fikir tentang perkara buruk yang kita pernah buat kat orang lain? Kenapa mudah sangat nak melemparkan fitnah macam tu....? Sampai sekarang ni aku masih tak tau dosa besar apa yang aku dah buat kat orang sampai aku dilabelkan sejahat-jahat manusia macam tu. Kalaula memang ada la, apa?? Bagi tau la terang2, biar jelas. Aku memang dah give up dah dengan situasi macam ni. Aku pun malas nak komen lagi dah. Apa yang aku tau, aku tak nak ada masalah dengan kawan2 aku, kepada semua kawan2 aku di muka bumi ni, terima kasih diucapkan sebab menerima aku sebagai kawan korang seadanya. Aku tak mintak banyak, just kita saling jujurla dalam friendship. So, sekarang ni harapan aku semoga apa yang aku dah luahkan ni tak betul, harapan aku semoga apa yang aku baca tu tak berkaitan ngan aku. Tapi, andai kata la memang ditujukan kat aku, aku redha dan berserah ngan Tuhan je lah. Aku malas nak berdendam nak gaduh2 ni, aku harap kesabaran aku akan terus kuat, dan aku sangat yakin dan pasti, Allah akan tunjukkan sapa yang benar dan sapa yang salah suatu hari nanti. Sekian, terima kasih.

*Segala yang terbuku dah terluah jugak.

Tuesday, June 14, 2011

Refleksi 15 Jun 2011

Tergerak hati nak menulis malam ni. Emm.. Lebih kurang seminggu lebih dah tak update sebab tak ada idea lagi nak menulis. Oh ya, selamat tinggal Akademi Fantasia. Starting tahun depan, dah tak ade dah tv show yang paling aku nanti-nanti ni bersiaran. Agak berkurangan la keterujaan tahunan aku.. Haha.. Apa jak la..
So, malam ni, aku nak story sikitla tentang feeling aku. Emm.. sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada diri aku sendiri sebab aku dah menjadi semakin kurus dari biasanya. T T Nak dijadikan cerita, tadi aku pergi melawat ke sekolahku syurgaku A.K.A SMKA Matang. Ya Allah... Rindunya aku dengan sekolah. Lama dah tak menjejakkan kaki ke situ. Tapi tak sempat sangat nak bergambar. Almaklumla malu skit sbb tadi budak2 balik skolah dlm pukul 4 lebih. Terima kasih yang tidak terhingga kepada adik Afiq yang telah sudi bawa gi jalan-jalan sampai ke sekolah tadi. Selain tu, hari ni tadi dah enjoy2 jamming main keyboard ngan muslim, afiq dan izzul sambil makan pasta buatan mama Muslim yang sedap. Tq mak cik, sesungguhnya pasta itu sangat sedap sekali. hehe.. Eh, tukar topik pulak post aku ni... :P
Hmmm... Dalam hidup ni, mesti kita takkan lepas dari berhadapan dengan masalah dan cabaran hidup. So semestinya aku tak terkecuali la dari masalah dan cabaran serta dugaan hidup ni. Aku ni jenis yang susah sikit nak meluahkan apa yang aku rasa. Pendek cerita aku ni suka simpan dalam hati je la... Kadang2 tu memang menyebabkan aku rasa tertekan yang masih boleh dikawal lagi. Tapi tulah, cara terbaik untuk memberi kelegaan dari masalah ialah dengan meluahkannya, sama ada lisan atau guna penulisan macam yang aku tengah buat ni.. Emm.. So berbalik kepada main point. Tak lama lagi aku dah nak grad dan nak start kerja dah. Tapi secara dalamannya aku rasa macam aku tak bersedia lagi nak berhadapan dengan realiti kehidupan selepas habis belajar. Rasa macam persediaan belum mantap lagi, banyak lagi benda yang belum ready, fizikal dan mental. Aku rasa aku ni macam masih tak dapat nak berdikari sendiri, selalu je asyik bergantung pada orang lain. Sejujurnya, aku ni jenis yang tak suka nak begantung atau mengharapkan orang lain selalu. Tapi yalah kan, hidup kita ni tak dapat nak dijangkakan. Kekangan yang ada di sekeliling memaksa aku untuk selalu nak mengharapkan orang lain walaupun tanpa rela. Mungkin ada yang tak faham apa yang aku tulis, tapi itulah hakikatnya. Sebelum tu, aku nak berterima kasih kat semua orang di sekeliling aku yang selalu tolong aku tak kira time aku susah atau senang. Aku sangat2 menghargainya. AArrrrgghhh!!!! Susah la nak diungkapkan. Senang cerita macam ni la, aku rasa aku ni masih belum dapat membuat perancangan hidup. Jadi, aku rasa hidup aku macam kosong sebab matlamat yang jelas dalam hidup belum ada, tak teratur. So, baki masa yang ada ni lebih kurang dalam 6 bulan sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan, aku harap aku akan dapat bersedia. Takut jugak sebenarnya sebab aku ni tak dapat nak buat keputusan sendiri sangat sebaba famili masih jadi penentu apa keputusan aku dalam apa jua hal yang aku buat. Tak tau la lepas kerja nanti macamana... Apa2pun aku doakan semoga aku tabah. Aku pun doakan semoga kawan2 aku tabah jugak... Aku pun dah tak tau apa yang aku taip, so better aku stop dulu, takut ada cerita2 merapu lain yang aku cerita kat sini. Tapi at least aku ada rasa sedikit kelegaan lepas taip semua ni..

Monday, June 6, 2011

Akademi Fantasia 9



Pasti berjaya di Akademi Fantasia... Waaa... Antara lagu yang aku suka. Hehehe.. Ala2 lagu motivasi la. Untuk tahun yang ke-9 aku mengikuti AF, dan aku rasa AF9 la antara musim yang aku macam dah give up nak tengok. Banyak sangat yang perubahan yang aku rasa tak patut dibuat. Musim feveret aku ialah AF2 dan AF7. Aku sangat suka dua musim ni sebab time ni la perasaan aku pasti akan berkobar2 dan tak sabar nak tengok konsert dan diarinya. Sampai sanggup tau aku gaduh2 ngan budak2 kat hostel semata2 nak tengok konsert (AF7). Hehehe.. Di petang yang damai ni, terdetik hati ini nak menulis tentang AF9. Aku boleh katakan yang aku ni memang diehardfan AF dulu, kini, dan selamanya. Perasan + perasaan la pulak aku ni. Hehe.. Tapi apa yang aku tulis ni nanti adalah sekadar pendapat dan apa yang aku rasa berdasarkan apa yang aku lihat dan apa yang aku tau. So sebelumnya aku nak mintak maaf la sekiranya ada pihak yang mungkin rasa tak best dengan apa yang aku tulis (ni bagitau awal2 k)...

1. Montaj dan lagu promo AF9
Jujurnya aku sangat suka lagu Promo AF9 yang aku rasa sangat catchy dan fresh. Tapi sayang sebab diorang tak pakai version tu untuk tarian menuju puncak mingguan. Pendapat aku la, dulu time AF5 try nak ubah arrangement lagu Menuju Puncak, aku agak kecewa la sebab tak ramai yang sokong. Lagu ori tu pun memang la bagus tapi kalau yang ni aku setuju kalau nak cuba buat perubahan. Tapi kerana kegagalan time AF5 tu, dah tak berani dah diorang ubah. Cuma pakai untuk promo je.. Sayang kan..

2. Pelajar AF9 (komen ini tidak termasuk Fina dan Hazama, untuk 12 orang yang asal)
Emm... Pemilihan pelajar musim ni rasanya macam ada yang tak kena je. Sebab tempohnya terlalu singkat. Macam nak cepat pilih, tapi nasib la tak salah pilih sangat. Aku tak de masalah dengan 12 pelajar yang dipilih, cuma akhirnya bila diorang dah bergelar pelajar tu baru kita tau siapa diorang sebenarnya. Yang paling tak best bila ada golongan pelajar yang tak serius dengan kelas dan sebagainya (tau2 je la sape ye.. malas nak tulis kat sini). Memang sangat membuang peluang orang lain. Tapi bagi yang serius nak belajar, tahniah sebab korang ambik peluang yang ada dengan sebaiknya. Faveret aku untuk musim ini? Hehehe.. 3 orang. Erul - sebab dia ada kawalan vokal yang baik dan tone yang best dan jugak ada personaliti juara. Nera - sebab aku sangat suka tone dia yang begitu merdu bagi aku expecially bila dengar single baru dia tu.. waa... dan yang last skali Eka - tone gemersik macam Liza AF1 dulu.. Tapi kan, smua faveret aku tersingkir.. Huhu.. T T

3. Diari AF9 (termasuk komen untuk rumah kaca)
Tak dinafikan, konsep diari AF9 memang sangat lain dari yang lain. Salute la dengan aspek teknikalnya yang canggih (tak tau nak kata macamane.. hehe) Ada pro dan kontra diorang buat diari macam tu dan jugak konsep rumah kaca. Tapi, bagi aku rumah kaca dan konsep diari kali ni lebih banyak tak baik dari baiknya. Kalau la aku jadik student af (mari berangan sejenak), mesti akn kompom tak dapat nak fokus time kelas sebab semua orang boleh tengok apa yang kita buat. Jadi hasilnya aku akan belajar dengan cara yang sangat terkawal dan sangat tidak mengeluarkan semua kemampuan yang aku ada sebab aku tak nak orang tengok (ape yang aku merepek nih? haha.. ) Senang cerita la, aku prefer konsep tinggal di tempat yang tersorok macam musim2 yang lepas. Time kat rumah kaca ni, aku nampak diorang macam bebas sangat nak keluar ke sana ke mari dengan bebasnya. Bagi yang dekat tu, famili akan datang tiap2 hari, jadi tak de rasa sangat la tekanan. pelajar pun kiranya tak terputus pun hubungan dengan dunia luar (walaupun dikata macam tu). Kenapa budak AF musim2 lain dapat buat yang bagus? Sebab adanya TEKANAN. Diorang tertekan sebab tak boleh keluar, tak boleh jumpa famili, tak boleh tengok dunia luar, macam2 la tekanan. Tekanan untuk tugasan lagi.. Tekanan ni kadang2 membantu seseorang untuk memaksa diri mengeluarkan sedaya upaya yang termampu dan terbaik dalam melakukan sesuatu. Nak tau kenapa banyak sangat komplen tentang persembahan budak2 AF9 ni? Rasanya anda semua sudah tahu jawapannya..

4. Fina dan Hazama (pelajar yang diserap masuk)
Fina ada datang audition, tapi tak layak sebab umur tak cukup. Tapi umur dia cukup bila nak masuk konsert 3 AF9. Kalau ikut peraturan dan syarat2, memang tak boleh dia nak diserap masuk sebab pertandingan dah bermula. itu je la yang jadi persoalan aku sekarang. Peraturan dan syarat2 boleh dilanggar sesuka hati. Bagi kes Hazama pulak, dia ni memang tak datang audition langsung untuk AF9, dan tiba2 dipanggil untuk diserap masuk. Em.. yang ni lagi la tak betul. Apalah gunanya dipilih top 25 tu kalau sekadar nak buat gimik? Kalau la diorang nak buat penyerapan pelajar baru, rasanya 13 orang yang tak terpilih tu adalah lebih berhak untuk mendapat tempat Fina dan Hazama sekarang. Apa2pun, diorang berdua dah layak ke final pun, dan antara calon2 terkuat nak jadi juara pulak tu. Nama pun AF kan. Mcm2 ada.. Tapi ada sedikit ketidakpuasan hati la sikit dengan penyerapan dua orang pelajar ni.

5. Konsert AF9
Tempat konsert sangat la tidak meriah. Tak tau kenapa sebab Astro tak buat kat dewan macam musim2 lepas yang aku rasa menjadi penentu berjaya atau tidak suatu konsert tu. Deko pentas dah cantik tapi sayang tempatnya tak begitu sesuai. Itu sahaja komen aku. Memang tak sesuai.

6. Lagu-lagu tugasan
Aku tak pasti semenjak AF musim berapa, bila lagu tugasan ni dipendekkan dan tidak dinyanyikan secara penuh time konsert. Ini adalah antara satu perubahan yang membawa kepada ketidakbestan AF terutamanya musim 9 ni. Lagu-lagu tugasan kadang2 sangat tak sesuai (terlalu jauh untuk jangkauan pelajar). Yang aku perasan kan, musim ni sangat banyak lagu bergenre rock diberi pada pelajar. Mungkin sebab pengetuanya rockers, tapi tak semestinya pengetua boleh beri lagu sewenang2nya. Nampak macam pengetua takde buat research untuk bagi lagu kat pelajar. Lagu tradisional pun minggu 9 ni je baru ada. Rasanya, untuk AF9, Badarsila adalah satu2nya lagu tradisional yang diberi kepada pelajar. Mari kita cuba senaraikan lagu rock yang ada untuk musim ni: Angin (Dewa), Bunga Angkasa (Terra Rosa), mahligai syahdu (Hattan), miza nyanyi tu (lagu Amy Search) bnyk lagi la yang aku tak boleh nak ingat..

Cukupla sekadar 6 point utama ni yang aku nak cakap tentang AF9. Kalau ada yang tak setuju ngan aku, takde hal sebab aku dah cakap ni cuma sekadar pandangan sahaja ok. So sekarang berbalik kepada calon juara AF9, ni ranking pelajar dari Juara sampai tempat ke-4 mengikut pandangan aku yang selayaknya (keputusan sms mungkin takkan jadi macam ni...):
1. Hazama
2. Azri
3. Fina
4. Lena

Ranking ni adalah berdasarkan kekuatan dan kelebihan diorang yang aku lihat dari pelbagai aspek. Apa2pun kita tunggu je la result nanti time konsert akhir ujung minggu ni. Tak teruja sangat nak tengok, tapi tetap jugak nak tengok final nanti. AF yang terakhir la katakan..

Saturday, June 4, 2011

Cinema: Pirates of The Carribean - On Stranger Tides

Suatu hari tu, aku dapat mesej dari A (bukan nama sebenar.. Heheh..) Dia kata dia nak sangat tengok movie ni. So dia ajak la aku tengok skali ngan dia. Aku memang nak pegi, tapi apakan daya aku masih dibelenggu oleh keadaan kegawatan ekonomi yang tidak mengizinkan. Tapi, dia offer nak blanja aku. Huhu.. Rasa serba salah dibuatnya... Malu la kan perempuan belanja (kantoi A bukan nama sebenar tu seorang perempuan.. Hahaha.. :P) Emm.. Kesian tengok dia nak tengok, so aku setuju je la. (bukan ambil kesempatan k.. Nanti aku ada duit aku belanja dia balik.. :) So kami pegi la tengok movie ni kat Star Cineplex (tak dapat nak tengok kat The Spring sebab kami pegi naek bas.. So gi kat wayang area pasar Kuching je la.. ) :p Apa2pun, terima kasih kat A. kelak2 kmk gik spon ktk keh? hehe..

Saya bagi filem ini: 4.5/5 bintang

Dari awal sampai pengakhiran filem ni, aku memang rasa enjoy. Johnny Depp memang salah seorang pelakon yang aku suka tengok dia blakon. Sesape yang dah ikut series filem ni pasti takkan lepaskan peluang untuk tengok edisi yang ni kan sebab nak tau apa sambungan ceritanya. Aku suka watak mermaid, memang cantik la efek mermaid time ilang sisik bila takde dalam air. Selain tu, filem ni banyak selit komedi yang unexpected timingnya, berlaku secara natural dalam acting. Cuma mungkin action agak kurang sikit, tapi tak mencacatkan filem ni. Filem ni tetap best dan tak sabar nak tau apa sambungannya..

P/s: Time balik dari tengok citer ni la aku kantoi... Hahaha... Kantoi apa tu?? :P

Cinema: X-Men: First Class

Hari ini ada gathering dengan dua orang kawan baik aku time skolah dulu, iaitu Umar dan Musa. Lama dah tak jumpa diorang. Dan semestinya kami berborak panjang la sepanjang pertemuan singkat kami. Hehehe.. Tak banyak yang berubah dengan diorang. Still the same je aku tengok. Haizz.. Apa la jadi ngan kawan2 aku yang lain... hehe... Dan seperti biasalah, kalau aku dah keluar ni, tak sah la kalau tak melencong ke panggung wayang. Hahaha.. Dah hobi dan minat mendalam ape nak buat. So kami tengok citer X-Men First Class tadi kat Star Cineplex...

Saya bagi filem ini: 4.3/5 bintang

Haha.. Ada .3 tu.. Overall, aku suka movie ni. Ni antara salah satu movie yang buat aku ternganga tengok. Jarang ada movie yang boleh buat aku mcm tu. Hehehe.. Dari segi plotnya, mudah untuk difahami. Efeknya pun bagus, tak yah la nak compare ngan filem Malaysia. Hahah.. Secara ringkasnya, filem ini sebenarnya adalah penceritaan tentang awal2 X-Men ni ada. Maksudnya citer ni kisah tentang mcmana Prof. X dan Magneto di awal2 perkenalan mereka dan diorang jadi kawan, diorang jumpa mutan2 lain dan akhirnya diorang tak kawan lagi... So siapa yang ada tengok filem X-Men yang sebelum ni memang kena tengok filem ni untuk tau asal usul yang sedia ada. Oh ye, review filem kat blog ni adalah btujuan untuk menceritakan tentang perasaan aku dan apa yang aku rasa tentang filem ni k, bukannya untuk cerita panjang lebar tentang sinopsis filem ni. Nanti spoil je orang lain nak tengok. Hahah.. Apa2pun siapa yang nak tengok filem ni silakan pergi tengok, pasti tak rugi membeli tiket. :P


Thursday, June 2, 2011

Pra Demam...

Aduhai... Sungguh tak sihatnya rasa diri ini. Tapi akan kugagahi jua untuk tidak menelan kak "P" itu. Hahaha.. Aku rasa rutin makan aku dah berubah, so efeknya aku tengah rasa sekarang ni sebab jadual makan aku memang akan tak teratur time cuti-cuti ni. Huhu.. Tu la sebab aku kurang gemar sangat bila tiba waktu cuti, dan mulalah kemumiaan aku menjelma semula. Dah elok2 aku membina badan (walaupun sangat tak jelas pun perbezaannya) tapi at least aku rasa berat aku naik la. Haha.. Hari ni skill memandu aku telah diaktifkan semenjak sekian lamanya aku tidak drive kereta. Hehehe.. Agak nebes jugak la sebab tak biasa bawak kereta yang panjang mcm proton Saga. Tapi alhamdulillah, rileks je aku drive tadi. Heheh.. Alahai.. Berdenyut2 pulak kepala aku ni. Hilang dah mood aku nak menaip dah. Ok lah. Nanti2 la aku sambung lagi.. Tapi enjoy lagu kat bawah ni ye.. One of my feveret song..


Monday, May 30, 2011

Cinema: KaraK

Hari ni sebenarnya ingatkan nak rileks2 je kat rumah, tapi abang bawak gi jalan2 tengok wayang. Hehehe.. Aku apa lagi, mesti la seronok. Heheh.. Tadi kami pegi Lotus Five Star Riverside tengok wayang kat situ. Ada 8 orang semuanya kami tadi, tapi kami tak tengok crita sama. Abang aku dengan anak dia sorang tengok Kung Fu Panda 2, kakak ipar aku dan 2 orang anak perempuan dia serta 2 orang adik perempuan dia pulak tengok Nur Kasih. Dan aku, hehehe.. Aku tengok KaraK sorang2. Motif aku pilih crita KaraK ialah sebab aku dah lama tak tengok cerita seram dan aku plan nak menjerit2 time tengok nanti. Muehehehe...

Saya bagi filem ini: 3 1/2 bintang

Emm... Not bad la filem ni. Tapi apa yang aku plan tak brapa nak menjadi la sebab agak kurang scene yang menyebabkan aku menjerit. Tapi secara keseluruhannya, filem ni bagus la dari aspek pengisiannya sebab memang betul2 menginsafkan.. Kenapa takut~~.. Kata kuat iman... Eeee.. mengerikan la hantu cakap mcm tu. Filem ni banyak bagi aku pengajaran dan buat refleksi diri (sentap nampak.. hahaha.. opps...) Dari segi efek, memang seram terutamanya hantu2nya. Tabik kat KRU sebab dah up sket la level filem2 seram Malaysia dari aspek teknikal tu. Jalan ceritanya mudah nak difahami, berkisarkan tentang sekumpulan remaja yang on the way nak pegi Kuantan. Diorang guna Jalan Karak yang lama, dan time odw tu ada la diorang jumpa beberapa benda sampaila diorang kemalangan.. Endingnya pun bagus sebab aku tak dapat nak agak dengan tepat dan unexpected skit. Kalau nak tau apa endingnya, gi tengok kat pawagam cepat. Berbaloi la filem ni untuk ditonton. Marilah kita sama2 sokong filem2 Malaysia. Peace :)

Sunday, May 29, 2011

Hobby, or hobbies?

Terdetik pulak malam ni nak story tentang hobi. Apa itu hobi? What is a hobby? Untuk tidak memeningkan kepala, hobi ni kira macam perkara yang kita gemar atau suka buat la. Setiap orang mesti ada benda atau perkara atau aktiviti yang disukai, tak kiralah ada satu je ker, atau lebih dari satu pun ada. Mari kita tanya diri kita, apakah hobi saya? Hehehe... So untuk post kali rasa macam nak share pulak dengan pembaca2 setia blog ini tentang hobi-hobi aku (kalau ade.. hahaha.. kalau tak de pun takpe.. diri sendiri je la yang baca.. :P )... Aku ada lebih dari satu hobi, jadi aku pilih la top 3 hobi yang aku paling suka skali. (paling suka skali? kalau cikgu BM baca ayat ni memang kena la aku. patutla SPM aku dapat BM 3B.. hahaha...)


Hobi tempat ketiga: Dengar lagu

Aku suka dengar lagu. Tak kiralah apa genre, asalkan sedap di telinga aku akan dengar. Dek kerana suka mendengar lagu la aku ni slalu je ketinggalan dalam mengetahui info2 penting kalau orang buat pengumuman dalam kelas, sbab kalau kat kelas, time lecturer takde, kompom telinga aku akan disumbat earphone. Hehe.. So aku tak boleh la nak salahkan orang kalau aku tak tau ada pertukaran jadual kelas ke, ada perjumpaan skian2 jam ke, sbab aku xdgr time orang bagitau.. hehe.. Oh ye, time sebelum tido pun aku mesti kena dgr lagu, kalau tak memang susah la nak lelap mata...


Hobi tempat kedua: Menonton wayang


Pada suatu hari, bestfriend aku, Nuruddin Zaidi a.k.a Badeng bawak aku gi tengok wayang. Kalau tak silap kami form 3 time tu. Tapi time tu bukanla first time aku tengok wayang, first time aku tengok wayang time aku umur 5 tahun (tengok movie Toy Story, waktu tu Miramar masih ada panggung wayang). Ok kita sambung cerita. Semenjak Badeng bawak aku tengok wayang tu, aku pun mula suka tengok wayang. Kalaula boleh dikumpul smua tiket wayang yang aku tengok, rasanya adala dalam 150++ keping (banyaknyer.. tapi sayang aku tak kumpul pun...) Aku rasalah, kat Malaysia ni aku je satu2nya orang yang akan tengok crita yang sama kat wayang 4 kali. Rekod tuh. Hahaha.. Kononnya best sangat la movie tu sampai aku sanggup tengok 4 kali kat wayang.. Kawan2 aku tak tau nak cakap apa dah tentang hobi aku yang satu ni.. Hehe.. Takpe.. Janji aku bahagia kan. Daripada aku bli rokok baik aku gi tengok wayang (opps... kepada perokok2, tak terniat nak sentapkan anda2 ye.. skadar nak buat analogi saje.. ehehe..:P)


Hobi tempat pertama: Nyanyi ler.. haha..


Hobi yang ni paling aku suka. Mungkin dah darah seni mengalir dari arwah bapak aku kot, so yang mengalir kat aku bakat nyanyi. Bakat main instrumen tak de sangat, smua abg2 aku dah ambik kot. Hehe... Tapi aku memang suka nyanyi. Kalau aku dah sorang2 kat bilik ke, kat umah ke, akan bermulalah projek aku melalak sorang2. Kadang2, aku akan pegi karaoke ngan kawan2. Sebenarnya, family member aku tak brapa tau sangat dengan bakat semula jadi aku ni yang boleh menyanyi dengan baik ( baik ke.. haha.. prasan je la aku neh).. Tapi tu lah hakikatnya.. Aku pun tak pernah nak tunjuk sangat minat nyanyi aku ni kat umah. Aku biasa nyanyi ngan kawan2 je dan time kat IPG. tapi kan, ada suatu hari tu, mak aku bagitau macam ni, " Mak suka la dengar kau nyanyi lagu Saiful yang Ku Juga Mencintaimu tu..." Err... Heran jugak ye.. Bila masa dia pernah dengar aku nyanyi lagu tu.. Emm.. mungkin ada la tu time yang aku tak ingat. hehe.. Jadi skrg ni kalau ada masa2 lapang, aku memang akan ambik kesempatan untuk nyanyi dan disamping tu blaja jugak la nak improve nyanyian. Sekadar untuk suka2.. Lagipun menyanyi boleh buat aku hepi, dan yang penting, dengan nyanyi aku boleh ekspres feeling yang aku tak terluahkan.. Wah.. haha..

So, itulah hobi2 aku? Hobi korang pulak ape? Sebenarnya, bagus kalau kita ada hobi ni. At least kita ada sesuatu yang nak dilakukan pada masa lapang. Tentang baik dan buruk hobi tu, aku no komen la. Tapi apa yang penting, hobi kita tu terdiri daripada aktiviti yang sihat dan tidak memudaratkan diri dan orang lain. Bagi aku, hobi2 aku ni ok je la.. slagi aku hepi, aku rasa tu dah mencukupi. Dan sebagai penghargaan kepada mereka yang baca post ni, ni ada satu video aku nyanyi. Tak la sedap sangat.. Hehe.. tapi sebagai ucapan terima kasih kepada anda2 yang dah sudi membaca blog ni.. Hehe.. Enjoy the video... :)


video

Saturday, May 28, 2011

Cinema: Diary Of A Wimpy Kid: Rodrick Rules

Emm... So, untuk permulaan, aku nak wujudkan satu segmen la kat blog ni (ala2 rancangan tv pulak. hehe..) yang antara rasionalnya adalah untuk membuat review tentang movie2 yang aku tengok kat panggung wayang. Jadi kita mulakan dengan movie Diary of A Wimpy Kid: Rodrick Rules.

Saya bagi filem ini: 4/5 bintang

Aku dah mengikuti first movie dia, so semestinyalah aku nak tengok sekuelnya. Heheh.. Secara keseluruhannya, aku suka la filem ni. Bagi orang yang nak santai2, gelak2 nak ilangkan tensen, movie ini sangat direkemen untuk anda. Oh ya, dan juga kepada penggemar siri Malcom in the middle, ini pun movie yang terbaik untuk anda. Kisahnya simple je, tentang Greg, seorang budak middle school yang ada seorang abang, Rodrick dan mereka berdua ni memang la tak ngam. Dalam movie ni, diorang telah disuruh oleh ibu bapa diorang untuk melakukan bnyk benda untuk memulihkan hubungan diorang. So, tak nak crita lebih2, tengoklah di pawagam yang berhampiran... hehe..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Secara rasminya... Pada hari ini, 28 Mei 2011, blog ini telah dibersihkan dari post2 yang lama, dan bermulalah episod baru dalam hidup aku. Walaupun beberapa minggu ni aku diuji dengan pelbagai dugaan dalam hidup yang adakalanya menyebabkan aku rasa give up nak hidup, tapi alhamdulillah, aku masih diberi akal yang waras untuk berfikir... Walaupun apa yang berlaku, hidup mesti diteruskan.. Ada Tuhan yang akan selalu menolong hamba-Nya, dan Allah tidak akan memberikan cabaran kepada hamba-Nya sekiranya dia tidak mampu untuk menempuhnya.. So I can do it! Yeah.. hehe..



Jadi, dengan bermulanya post yang baru ni jugak, aku berharap aku akan dapat mulakan hidup baru yang lebih best lagi dari yang sebelumnya. Aku harap aku akan dapat hidup dengan aman damai tanpa gangguan persekitaran atau konflik2 nonsense yang sebenarnya hanya menjadikan hidup aku rasa x best dan tension. Jadi, berpegang pada prinsip2 aku, jangan buat apa yang kita tak nak orang buat kat kita pada orang lain... dan hormatilah seseorang itu sepertimana dia menghormati kita. So, tunggulah post2 berikutnya yang akan aku publish kat blog ini dan pastinya berkaitan tentang aku, apa yang aku buat, apa yang aku suka, apa yang aku tak suka... =P