Pada awalnya tadi aku memang dah nak tido sebab kesihatan yang tak begitu mengizinkan. Selesema + batuk skit2 + rasa panas dalam badan menyebabkan badan aku rasa lemah dan tidak bermaya. Mungkin semua ni disebabkan oleh kesibukan yang melanda aku untuk tiga minggu berturut2 dan akan bersambung lagi pada minggu depan. Minggu pertama untuk semester 8 di kampus dah disibukkan dengan latihan koir untuk konvo yang berlaku tiap2 hari, ditambah lagi dengan melatih budak2 junior untuk koir perhimpunan rasmi bulanan. Kira sejarah terlakar jugak la. First time aku conduct koir. haha.. Masuk minggu kedua, masih lagi sibuk jugak dengan latihan koir untuk konvo, dan juga aku dikhabarkan yang aku join group nasyid untuk wakil kampus kat IPBL 15 Julai ni. So sibuk lagi aku dengan latihan untuk nasyid jugak... Masuk pulak minggu ketiga, hari konvo pun tiba. latihan nasyid masih berjalan dan tak dijangka pulak kami pasukan koir konvo dijemput oleh CM nyanyi kat dewan suarah esok (9 Julai). Terpaksa buat latihan intensif.. Ditambah lagi aku dipilih jadi fasi pulak untuk program untuk junior hujung minggu ni.. Tapi aku terpaksa tolak sebab ada koir... Lepas koir kat dewan suarah esok, aku masih lagi bz bila masuk minggu keempat nanti dengan latihan nasyid, dan coming soon, jadi juri untuk malam bakat adik2 junior... Waaah... Memang terisi dengan begitu padat sekali 4 minggu aku ni.. oh ye.. minggu keempat tu jugak ada pertandingan nasyid kat IPBL tu tadi.. Hope kami dapat buat yang terbaik la untuk menebus apa yang dah berlaku 2 tahun yang lalu.. Huhuhu... Eh... Rasanya aku dah pernah bagitau ttg smua ni kan... Adei.. Suka nak jadi Astro kan.. Haha.. takpe la.. Yang penting aku suka.. Heheh... Apa yang aku nak highlightkan untuk post ni sebenarnya ialah tentang apa yang dah berlaku pada hari ni waktu sesi tutorial...
Hari ini adalah giliran aku dan 3 orang rakan yang lain untuk mendapat surat2 cinta dari kawan2 tentang penghargaan terhadap rakan2. Terima kasih kepada semua kawan2 SMPMT1108 yang dah sudi berkongsi perasaan diorang terhadap aku. Walaupun ada positif dan negatifnya, aku terima semuanya dengan hati yang terbuka. Sepanjang 5 tahun bersama anda semua, banyak yang telah saya belajar. Dari seorang yang kekurangan, menjadi seorang yang terisi dengan banyak kelebihan yang menjadikan saya seorang yang lebih tabah dan berani dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba ini. Hehe.. Apa2pun, aku sangat terharu dengan semua yang korang semua dah tulis tentang aku. Ada yang tulis panjang2, ada yang tulis pendek, tapi aku tau yang semua yang korang tulis tu jujur dan ikhlas dari hati. Terima kasih sekali lagi kawan-kawan.. :) Diharap kita semua akan terus berkawan sampai bila2.. Amin.. Oklah.. Cukupla untuk malam ni. Esok nak kena bangun awal untuk koir kat dewan suarah... Gudnite... Zzzz....
No comments:
Post a Comment