Sudah lama benar blog ini tidak dikemas kini. Kesibukan yang melanda diri ini tidak memungkinkan diri ini untuk mengarang di sini. Ceyhh.. haha.. Nang ade bermadah pujangga... Hehe.. Minta maaf ye kepada mereka yang follow blog ni (kalau ada la hahaha) sebab lama x diupdate. Ye la kan... Di tahun2 akhir ini, banyak tugasan dan keje2 nak dibuat. Kalau tak buat tak grad laa nanti.. Huhu.. Ketika entry ini ditulis aku sedang bersantai di kampungku yang tercinta yang indah permai... dkat nak stahun dah tak balik. Raya ni baru bkesmpatan nak balik. Oh ye... Sebut pasal raya, sekarang ni dah 29 Ramadan... Wah.. dihujung2 Ramadan dah... Tak terasa bulan Ramadan nak meninggalkan kita. Ni silap2 hari bulan esok raya ni. Tapi tak tau la kan. Kita tunggu penyimpan mohor besar raja2 buat pengumuman malam nanti.
Emm... Raya tahun ni aku sorang je balik kampung. Adik bradik yang lain x balik. Jadi aku ngan mak je yang braya.. Dengan Pak Usu sorang. So kami akan raya bertiga je la. Tapi takpe.. Yang penting kita semua dapat beraya dengan bahagia... huhu... Hari ni tadi kemas2 rumah skit. Kira mcm nak ready dah nak raya...
Dah siap dah rumah dikemas...
Emm... Di kesempatan yang ada ni, dengan rasa penuh rendah hati dan penuh ikhlas, saya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Saya ingin memohon maaf sekiranya saya pernah menyakiti hati anda, terkasar bahasa atau perbuatan, atau terbuat apa2 sahaja yang tidak berkenan di mata dan hati anda. Sebagai seorang insan yang lemah dan tidak sempurna, saya tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi, saya ingin mohon maaf zahir dan batin. Semoga hari raya pada tahun ini akan memberikan kita kebahagiaan... Dah xda idea dah nak taip ni.... Nanti2 update lagi yea...
No comments:
Post a Comment