Wednesday, July 30, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Alhamdulillah, aku masih dipertemukan dengan Ramadan tahun ini dan telah berjaya menempuhi bulan puasa. Walaupun ada lompong sehari (insya Allah akan ganti balik nanti) sebab demam. Rasanya dah lama aku tak menulis kat sini. Hopefully lepas ni semoga aku dapat rajin2kan diri untuk menulis. Yalakan.. Orang cakap menulis ni salah satu cara yg kita boleh guna untuk mengekspresikan perasaan. Cewah.. hehe.. so untuk raya tahun ni, korum masih tak cukup. Nombor 2,3,4 dan 5 ada, nombor 1 je xda.. Apa2pun, di kesempatan yang ada ni, aku nak mintak maaf kepada sesiapa sahaja yang mana pernah aku lukakan hatinya, terkecilkan hatinya, terkasar bahasa, terlanjur kata, terambil hak milik, termakan dan terminum, dan semuanyalah. Diharap dapat dimaafkan..
Selamat hari raya dari saya sekeluarga :)