Sedar tak sedar, dah minggu kedua dah kuliah di kampus. Dalam masa dua minggu ni, macam2 perkara yang blaku kat aku, sama ada yang dijangka atau pun yang tak terjangka dek akal. Walaupun ada kalanya aku rasa lemah dan tak mampu nak menghadapi semua kejadian2 tu, tapi aku tak boleh nak mengalah. Hidup mesti diteruskan. Dalam hidup ni, tak semua orang sukakan kita. Aku pun malas nak mengulas lanjut tentang satu peristiwa yang aku rasa sangat menyedihkan aku pada minggu ni. Apa yang aku tahu, siapa yang benar akan tetap benar, dan lambat laun orang akan tahu kebenarannya. Dah la.. Nak diceritakan pun tak ada gunanya. Lebih baik teruskan kehidupan. Ada banyak lagi benda yang aku nak buat. Takkan kerana peristiwa macam tu aku nak mengalah. Cuma aku harapkan aku akan terus diberikan kekuatan untuk menghadapi semua dugaan yang bakal ditempuh pada masa depan... Selamat hari Jumaat semua. Nanti2 aku story2 lagi keyh.. (^^)
Hayatilah lagu ni... Semoga kita semua akan diberikan ketabahan untuk mengharungi hidup penuh cabaran ini...
No comments:
Post a Comment