Thursday, June 23, 2011

Sahabat, kawan, dan ... (part 2)

Fuhh....~ Super duper penat hari ni. Sepanjang hari penuh ngan kegiatan. Tapi demi IPTAR tercinta, ku gagahi jua walaupun sampai mandi pun jam 11 malam baru sempat. Hehehe.. So ni adalah part 2 untuk post bertajuk seperti di atas. Terdetik lagi hati nak menulis malam ni, dan sebabnya pun lebih kurang sama. Hari yang agak menyeronokkan bagi aku walaupun penat sikit, tapi secara tiba-tiba segala rasa seronok dan penat tu berubah menjadi rasa sedih dan pilu yang teramat sangat selepas apabila aku bukak FB... (macam dejavu jak...)
Kenapa?
Senang cerita la. Sebelum apa2 aku harus buat disclaimer, mintak ampun mintak maaf, apa yang nak ditulis ni tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada tu mungkin secara kebetulan sahaja. Sekadar nak buat refleksi diri supaya dapat jadi orang yang lebih baik dari apa yang sedia ada..
Memang susah kita nak puaskan hati semua orang. Tak semua perkara yang kita buat dalam kehidupan orang boleh terima. Itu satu fakta yang tidak boleh kita sangkal. Tapi, kalaulah perkara yang kita buat tu tak salah, bahkan tidak pun mengganggugugat ketenteraman atau kesejahteraan hidup orang di sekeliling kita, tetapi orang tetap tak suka dengan perkara yang kita buat tu sehingga dia rasa benci ngan kita, adakah kita bersalah sehingga menyebabkan terbit sifat2 benci dlm diri orang tu yang kita sedia maklum tak begitu baik untuk kesihatan? Bahkan kita tidak jugak memaksa orang-orang yang tak suka tu untuk ambil kisah dengan perkara yang kita buat tu. Dan akhirnya, untuk mengekspresikan rasa tidak sukanya itu, mulalah kata-kata dan pernyataan yang tak ingin kita dengar mula disebarkan kepada umum yang boleh mentafsirkan apa yang dinyatakan itu dengan seribu maksud yang tidak benar. Apakah rasionalnya orang-orang tersebut mengekspresikan rasa bencinya itu kepada umum, sedangkan kita tak memaksa orang untuk ambil tahu atau suka apa yang kita buat. Kalau suka, fine, terima kasih diucapkan. Tapi kalau tak suka, kenapa kita tak diam sahaja dan abaikan. Itu lebih baik rasanya dari kita ekspresikan benda2 yang tak elok. Akan tetapi, dalam satu kes, ada jugak orang lain buat perkara yang sama kita buat, tapi orang tu tak pulak benci ngan orang lain tu. Bahkan diberi sokongan serta kata rangsangan sebagai galakan. Kenapa orang tu boleh ada dua jenis respons sedangkan kita dan orang lain tu buat benda yang sama? Orang tu tak suka kita ka? Apa masalah sebenarnya dalam situasi ni? Kenapa orang tu buat kita begitu? Tak habis fikir dibuatnya. Walau apa pun, sesiapa yang berada dalam situasi macam ni harus banyak bersabar. Sebab tak ada gunanya kalau kita nak berdendam dengan orang yang bersikap sebegitu. Apa je yang kita akan dapat kalau kita lawan balik apa yang dia cakap tentang kita? Kita hanya akan dapat penat dan semestinya keadaan akan menjadi lebih teruk. Aku pun tak tau apa yang aku merepek ni. Tapi, harap2 sapa yang baca ni dapat memahami senario atau situasi yang nak aku gambarkan kat sini, sebab senario ni memang selalu berlaku dalam masyarakat. Setelah aku tulis post ni, aku rasa tak de guna kalau aku nak bersedih2... Dah lumrah hidup nak buat macamana.. Tak semua orang suka kita... Apa yang penting, aku tak susahkan hidup orang lain. Tapi kalau ada yang pernah terasa hati dengan aku, dengan kerendahan hati, aku nak mintak maaf, dan tak pernah terlintas di hati aku nak mewujudkan sengketa dengan mana-mana makhluk Allah di muka bumi ini.

Hidup mesti diteruskan walau apapun terjadi.

No comments:

Post a Comment