Pasti berjaya di Akademi Fantasia... Waaa... Antara lagu yang aku suka. Hehehe.. Ala2 lagu motivasi la. Untuk tahun yang ke-9 aku mengikuti AF, dan aku rasa AF9 la antara musim yang aku macam dah give up nak tengok. Banyak sangat yang perubahan yang aku rasa tak patut dibuat. Musim feveret aku ialah AF2 dan AF7. Aku sangat suka dua musim ni sebab time ni la perasaan aku pasti akan berkobar2 dan tak sabar nak tengok konsert dan diarinya. Sampai sanggup tau aku gaduh2 ngan budak2 kat hostel semata2 nak tengok konsert (AF7). Hehehe.. Di petang yang damai ni, terdetik hati ini nak menulis tentang AF9. Aku boleh katakan yang aku ni memang diehardfan AF dulu, kini, dan selamanya. Perasan + perasaan la pulak aku ni. Hehe.. Tapi apa yang aku tulis ni nanti adalah sekadar pendapat dan apa yang aku rasa berdasarkan apa yang aku lihat dan apa yang aku tau. So sebelumnya aku nak mintak maaf la sekiranya ada pihak yang mungkin rasa tak best dengan apa yang aku tulis (ni bagitau awal2 k)...
1. Montaj dan lagu promo AF9
Jujurnya aku sangat suka lagu Promo AF9 yang aku rasa sangat catchy dan fresh. Tapi sayang sebab diorang tak pakai version tu untuk tarian menuju puncak mingguan. Pendapat aku la, dulu time AF5 try nak ubah arrangement lagu Menuju Puncak, aku agak kecewa la sebab tak ramai yang sokong. Lagu ori tu pun memang la bagus tapi kalau yang ni aku setuju kalau nak cuba buat perubahan. Tapi kerana kegagalan time AF5 tu, dah tak berani dah diorang ubah. Cuma pakai untuk promo je.. Sayang kan..
2. Pelajar AF9 (komen ini tidak termasuk Fina dan Hazama, untuk 12 orang yang asal)
Emm... Pemilihan pelajar musim ni rasanya macam ada yang tak kena je. Sebab tempohnya terlalu singkat. Macam nak cepat pilih, tapi nasib la tak salah pilih sangat. Aku tak de masalah dengan 12 pelajar yang dipilih, cuma akhirnya bila diorang dah bergelar pelajar tu baru kita tau siapa diorang sebenarnya. Yang paling tak best bila ada golongan pelajar yang tak serius dengan kelas dan sebagainya (tau2 je la sape ye.. malas nak tulis kat sini). Memang sangat membuang peluang orang lain. Tapi bagi yang serius nak belajar, tahniah sebab korang ambik peluang yang ada dengan sebaiknya. Faveret aku untuk musim ini? Hehehe.. 3 orang. Erul - sebab dia ada kawalan vokal yang baik dan tone yang best dan jugak ada personaliti juara. Nera - sebab aku sangat suka tone dia yang begitu merdu bagi aku expecially bila dengar single baru dia tu.. waa... dan yang last skali Eka - tone gemersik macam Liza AF1 dulu.. Tapi kan, smua faveret aku tersingkir.. Huhu.. T T
3. Diari AF9 (termasuk komen untuk rumah kaca)
Tak dinafikan, konsep diari AF9 memang sangat lain dari yang lain. Salute la dengan aspek teknikalnya yang canggih (tak tau nak kata macamane.. hehe) Ada pro dan kontra diorang buat diari macam tu dan jugak konsep rumah kaca. Tapi, bagi aku rumah kaca dan konsep diari kali ni lebih banyak tak baik dari baiknya. Kalau la aku jadik student af (mari berangan sejenak), mesti akn kompom tak dapat nak fokus time kelas sebab semua orang boleh tengok apa yang kita buat. Jadi hasilnya aku akan belajar dengan cara yang sangat terkawal dan sangat tidak mengeluarkan semua kemampuan yang aku ada sebab aku tak nak orang tengok (ape yang aku merepek nih? haha.. ) Senang cerita la, aku prefer konsep tinggal di tempat yang tersorok macam musim2 yang lepas. Time kat rumah kaca ni, aku nampak diorang macam bebas sangat nak keluar ke sana ke mari dengan bebasnya. Bagi yang dekat tu, famili akan datang tiap2 hari, jadi tak de rasa sangat la tekanan. pelajar pun kiranya tak terputus pun hubungan dengan dunia luar (walaupun dikata macam tu). Kenapa budak AF musim2 lain dapat buat yang bagus? Sebab adanya TEKANAN. Diorang tertekan sebab tak boleh keluar, tak boleh jumpa famili, tak boleh tengok dunia luar, macam2 la tekanan. Tekanan untuk tugasan lagi.. Tekanan ni kadang2 membantu seseorang untuk memaksa diri mengeluarkan sedaya upaya yang termampu dan terbaik dalam melakukan sesuatu. Nak tau kenapa banyak sangat komplen tentang persembahan budak2 AF9 ni? Rasanya anda semua sudah tahu jawapannya..
4. Fina dan Hazama (pelajar yang diserap masuk)
Fina ada datang audition, tapi tak layak sebab umur tak cukup. Tapi umur dia cukup bila nak masuk konsert 3 AF9. Kalau ikut peraturan dan syarat2, memang tak boleh dia nak diserap masuk sebab pertandingan dah bermula. itu je la yang jadi persoalan aku sekarang. Peraturan dan syarat2 boleh dilanggar sesuka hati. Bagi kes Hazama pulak, dia ni memang tak datang audition langsung untuk AF9, dan tiba2 dipanggil untuk diserap masuk. Em.. yang ni lagi la tak betul. Apalah gunanya dipilih top 25 tu kalau sekadar nak buat gimik? Kalau la diorang nak buat penyerapan pelajar baru, rasanya 13 orang yang tak terpilih tu adalah lebih berhak untuk mendapat tempat Fina dan Hazama sekarang. Apa2pun, diorang berdua dah layak ke final pun, dan antara calon2 terkuat nak jadi juara pulak tu. Nama pun AF kan. Mcm2 ada.. Tapi ada sedikit ketidakpuasan hati la sikit dengan penyerapan dua orang pelajar ni.
5. Konsert AF9
Tempat konsert sangat la tidak meriah. Tak tau kenapa sebab Astro tak buat kat dewan macam musim2 lepas yang aku rasa menjadi penentu berjaya atau tidak suatu konsert tu. Deko pentas dah cantik tapi sayang tempatnya tak begitu sesuai. Itu sahaja komen aku. Memang tak sesuai.
6. Lagu-lagu tugasan
Aku tak pasti semenjak AF musim berapa, bila lagu tugasan ni dipendekkan dan tidak dinyanyikan secara penuh time konsert. Ini adalah antara satu perubahan yang membawa kepada ketidakbestan AF terutamanya musim 9 ni. Lagu-lagu tugasan kadang2 sangat tak sesuai (terlalu jauh untuk jangkauan pelajar). Yang aku perasan kan, musim ni sangat banyak lagu bergenre rock diberi pada pelajar. Mungkin sebab pengetuanya rockers, tapi tak semestinya pengetua boleh beri lagu sewenang2nya. Nampak macam pengetua takde buat research untuk bagi lagu kat pelajar. Lagu tradisional pun minggu 9 ni je baru ada. Rasanya, untuk AF9, Badarsila adalah satu2nya lagu tradisional yang diberi kepada pelajar. Mari kita cuba senaraikan lagu rock yang ada untuk musim ni: Angin (Dewa), Bunga Angkasa (Terra Rosa), mahligai syahdu (Hattan), miza nyanyi tu (lagu Amy Search) bnyk lagi la yang aku tak boleh nak ingat..
Cukupla sekadar 6 point utama ni yang aku nak cakap tentang AF9. Kalau ada yang tak setuju ngan aku, takde hal sebab aku dah cakap ni cuma sekadar pandangan sahaja ok. So sekarang berbalik kepada calon juara AF9, ni ranking pelajar dari Juara sampai tempat ke-4 mengikut pandangan aku yang selayaknya (keputusan sms mungkin takkan jadi macam ni...):
1. Hazama
2. Azri
3. Fina
4. Lena
Ranking ni adalah berdasarkan kekuatan dan kelebihan diorang yang aku lihat dari pelbagai aspek. Apa2pun kita tunggu je la result nanti time konsert akhir ujung minggu ni. Tak teruja sangat nak tengok, tapi tetap jugak nak tengok final nanti. AF yang terakhir la katakan..

No comments:
Post a Comment