Saturday, June 4, 2011

Cinema: X-Men: First Class

Hari ini ada gathering dengan dua orang kawan baik aku time skolah dulu, iaitu Umar dan Musa. Lama dah tak jumpa diorang. Dan semestinya kami berborak panjang la sepanjang pertemuan singkat kami. Hehehe.. Tak banyak yang berubah dengan diorang. Still the same je aku tengok. Haizz.. Apa la jadi ngan kawan2 aku yang lain... hehe... Dan seperti biasalah, kalau aku dah keluar ni, tak sah la kalau tak melencong ke panggung wayang. Hahaha.. Dah hobi dan minat mendalam ape nak buat. So kami tengok citer X-Men First Class tadi kat Star Cineplex...

Saya bagi filem ini: 4.3/5 bintang

Haha.. Ada .3 tu.. Overall, aku suka movie ni. Ni antara salah satu movie yang buat aku ternganga tengok. Jarang ada movie yang boleh buat aku mcm tu. Hehehe.. Dari segi plotnya, mudah untuk difahami. Efeknya pun bagus, tak yah la nak compare ngan filem Malaysia. Hahah.. Secara ringkasnya, filem ini sebenarnya adalah penceritaan tentang awal2 X-Men ni ada. Maksudnya citer ni kisah tentang mcmana Prof. X dan Magneto di awal2 perkenalan mereka dan diorang jadi kawan, diorang jumpa mutan2 lain dan akhirnya diorang tak kawan lagi... So siapa yang ada tengok filem X-Men yang sebelum ni memang kena tengok filem ni untuk tau asal usul yang sedia ada. Oh ye, review filem kat blog ni adalah btujuan untuk menceritakan tentang perasaan aku dan apa yang aku rasa tentang filem ni k, bukannya untuk cerita panjang lebar tentang sinopsis filem ni. Nanti spoil je orang lain nak tengok. Hahah.. Apa2pun siapa yang nak tengok filem ni silakan pergi tengok, pasti tak rugi membeli tiket. :P


No comments:

Post a Comment