Alhamdulillah... Di penghujung cuti ni aku rasa agak hepi sikit la sebab banyak waktu diluangkan bersama kawan-kawan. At least ada jugak la aktiviti aku slain dari duduk terperap kat umah. Memang menyeronokkan. Dapat melawat skolah, dapat jumpa kawan-kawan lama, kawan-kawan baru, sharing cerita, tengok wayang, lepak makan-makan.. Macam2 aktiviti. Balik sampai lewat malam pukul 1. Hehe.. Terima kasih sebab sudi bawak jalan2 ye kawan2. hehe... TETAPI.... Emm... Entahla, secara tiba-tiba keseronokan tu hilang apabila aku bukak FB... Kenapa?
Sebabnya ialah... Emm... Nak tau ke? Susah nak dijelaskan. Tapi biarlah aku terangkan secara bayangan je lah. Takut nanti ada yang terasa. Sebelum tangan aku menaip lebih laju lagi, aku nak meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Sesungguhnya apa yang akan aku taip ni tak berkaitan dengan sesiapa pun sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kalau ada pun mungkin tu smua hanya kebetulan. Dah bagi tau awal2 ni...
Dalam hidup ni, selain keluarga, orang yang paling rapat dengan kita ialah tak lain dan tak bukan kawan-kawan kita. Bahkan, ada di antara kita lebih rapat dengan kawan-kawan berbanding ahli keluarga sendiri, dan aku rasa aku tergolong dalam kelompok tu. Aku ni kurang rapat dengan famili. Pengalaman hidup di sekolah asrama selama 5 tahun dan disambung lagi di IPG hampir nak 5 tahun jugak menjadikan aku lebih senang dan rapat dengan kawan-kawan sebab kehidupan aku lebih banyak dihabiskan di sekolah dan jugak di IPG. Tapi, ni bukan isu sebenarnya. Apa yang aku nak luahkan ialah tentang persahabatan atau dalam bahasa orang putih friendship. Hmm.. macamana nak mulakan... OK, senang ceritalah. Ni bukan nak angkat bakul la, tapi aku nak bagitau yang aku kalau dah berkawan ngan orang, aku memang kawan dengan ikhlas dan terima orang tu seadanya dia. Kalau dia kaya ka, miskin ka, so what? Yang penting orang tu betul2 nak kawan ngan aku. Tapi, dalam kita berkawan, mungkin ada waktunya kita akan rasa terkilan ngan perlakuan atau percakapan kawan kita, dan itulah yang berlaku ngan aku sekarang. Bukan nak perasan, cuma hati aku ni kuat mengatakan yang segala yang dilakukan atau dituturkan tu adalah ditujukan kepada aku. Tak tau la kenapa aku rasa macam tu. Tapi yang jadi persoalannya ialah kalaulah betul2 ditujukan ngan aku, kenapa? Apa sebabnya? Apa aku dah buat sampai kena label macam tu? Kalaulah kita memang sahabat atau kawan yang betul2 kawan, rasanya kita tak perlu nak melontarkan kata-kata macam tu yang secara tidak langsung mungkin akan membawa kepada fitnah. Secara jujurnya, aku memang agak sedihla kalau kata-kata tu dilontarkan kepada aku sebab perkara tu memang TIDAK BENAR sama sekali! Sebagai manusia, aku tahu kita tak sempurna tapi aku tetap sentiasa berusaha untuk menjaga hati setiap kawan2 aku. Tak tau la kenapa benda2 macam ni boleh berlaku. Bagi orang yang tak kenal ngan kita, kalau terbaca fitnah macam tu, mungkin diorang akan terus percaya dan akhirnya akan memberikan tanggapan negatif orang2 lain terhadap kita. Dan akhirnya kita yang dicop sebagai penjahat dan orang yang bersalah, dan orang pun mula tengok kita semacam dan kita akan terus dipulaukan. Hal ini jugak memberikan gambaran seolah2 kita ni sejahat-jahat manusia di dunia ni. Tapi kan, nmpak mcm kita (aku) ni asyik menerima kebaikan je dari orang lain, seolah2 kita (aku) ni tak pernah berbudi ngan orang. Bukan la kita tak ikhlas, tapi tu analoginya lah. Kenapa la kita sibuk nak kira kebaikan kita ngan orang lain dan perkara buruk yang orang buat kat kita? Pernahkah kita fikir tentang kebaikan yang pernah orang buat kat kita hatta sebesar zarah? Pernahkah kita fikir tentang perkara buruk yang kita pernah buat kat orang lain? Kenapa mudah sangat nak melemparkan fitnah macam tu....? Sampai sekarang ni aku masih tak tau dosa besar apa yang aku dah buat kat orang sampai aku dilabelkan sejahat-jahat manusia macam tu. Kalaula memang ada la, apa?? Bagi tau la terang2, biar jelas. Aku memang dah give up dah dengan situasi macam ni. Aku pun malas nak komen lagi dah. Apa yang aku tau, aku tak nak ada masalah dengan kawan2 aku, kepada semua kawan2 aku di muka bumi ni, terima kasih diucapkan sebab menerima aku sebagai kawan korang seadanya. Aku tak mintak banyak, just kita saling jujurla dalam friendship. So, sekarang ni harapan aku semoga apa yang aku dah luahkan ni tak betul, harapan aku semoga apa yang aku baca tu tak berkaitan ngan aku. Tapi, andai kata la memang ditujukan kat aku, aku redha dan berserah ngan Tuhan je lah. Aku malas nak berdendam nak gaduh2 ni, aku harap kesabaran aku akan terus kuat, dan aku sangat yakin dan pasti, Allah akan tunjukkan sapa yang benar dan sapa yang salah suatu hari nanti. Sekian, terima kasih.
*Segala yang terbuku dah terluah jugak.

No comments:
Post a Comment