Beberapa hari yang lepas, result final aku dah keluar. Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pengajian aku, Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Pengajian Matematik (Pendidikan Rendah) dengan ijazah kelas kedua bahagian bawah dengan CGPA 3.54. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur dengan keputusan yang dah aku dapat hasil keputusan aku sendiri, walaupun pada hakikatnya aku target untuk dapat CGPA lebih tinggi dan at least grad dengan ijazah kelas kedua bahagian atas. Sikpa, insya allah, jika diberi kesempatan dan peluang, aku pasti akan sambung belajar dan insya allah aku cuba untuk dapatkan result yang lebih baik pada masa akan datang. Amin...
Emm... Masih belum ada kabar lagik tentang surat posting. Nebes juak rasa menunggu. Hehe.. Apa2pun, sekarang tok aku nak rehat sepuasnya sebelum menempuhi alam yang penuh dengan kerja kelak. Semenjak mak aku datang dari kampung ke Kuching, aku rasa berselera jak makan sebab mak aku yang masak, dan yang pastinya makan minum aku memang sangat terjaga. Hari tok ajak tek aku makan nasik tiga kali. Hahaha.. Aduh.. Sik lamak agik gemuk la aku tok. Mun ajak la... Hahaha.. Tapi harap-harap juak la aku akan dapat menggemukkan sikit badan aku biar berisik sikit. Senang sikit nak beli baju ka, dan at least sik la terlalu kurus seperti sedia ada tok. Paling latest aku timbang, berat badan aku ialah 50.2 kg. Wah.. Dah mencapai 50 kg dah.. Harap-harap ada peningkatan lagik la selepas tok... :P
No comments:
Post a Comment