Wednesday, May 11, 2016

IT'S BEEN A WHILE

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semuanya? Sudah terlalu lama blog ini tidak terusik. Entah mengapa malam ini terasa nak cari dan buka balik blog ini semenjak sekian lamanya. Sudah lama tidak menulis, jadi agak kekok nak mengatur kata. Sepanjang tempoh lebih dari dua tahun blog ini tidak diupdate, banyak sebenarnya perkara yang dah berlaku. Kalau nak dikongsikan di blog mungkin ambik masa yang lama untuk diceritakan. Tapi yang dah berlalu biarlah berlalu. Harap-harap lepas ini akan lebih keraplah aku mengunjungi blog ini dan update. Sebagai diari peribadi yang mungkin ada dalam kalangan orang yang sudi nak membaca kisah hidup aku yang menarik. Hahaha.. Menarik la sangat. Jadi, aku ringkaskan serba sedikit tentang apa yang dah berlaku bermula dari tarikh akhir blog ini diupdate sehingga sekarang.

1. Aku masih mengajar di SK Beladin.
2. Sedang menuntut di peringkat sarjana dalam bidang kurikulum dan pedagogi UKM secara separuh masa.
3. Masih single.
4. Alhamdulilah. aku dah ada rumah sendiri.
5. Emm... Ada lagi ka yang lain.. haha.. nantila akan diupdate lagi kalau ada yang lain.

tapi antara perkara yang paling menyedihkan yang dah berlaku dalam tempoh dua tahun ini ialah aku kehilangan abang yang paling aku sayang, arwah bang man. Bukan la maksud aku tak sayang abang-abang aku yang lain, cuma aku paling rapat dengan yang sorang ni. Kehilangan arwah memang tidak dijangka, walaupun aku memang sangat sedih, tapi aku redha dengan ketentuan takdir. Hari ini 11 Mei 2016 genap setahun pemergian arwah. Aku sentiasa mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. Al-fatihah.

OKlah. Insha allah sekiranya ada kesempatan aku akan terus hidupkan blog ni dengan pelbagai perkara yang mungkin dapat memberikan manfaat kepada semua orang.

-MIB-