Wednesday, December 14, 2011

AKAN KEMBALI...

Aok la oo.. Erm.. Sudah lama rasanya aku tidak membuat review movie-movie yang aku tengok kat wayang. Insya allah, review filem akan kembali sedikit masa lagi. Ada beberapa movie yang aku tengok dalam dua bulan ni akan dibuat reviewnye ye.. Hehehe.. Alu klaka Bahasa Melayu baku gik dah. Emm.. Xpa... Aku blogging ikut mood la. Mun rasa nak naip bahasa sarawak, bahasa sarawak la nya. Mun tertaip bahasa melayu baku, nah.. Baku la nya.. hehe... Bah, nak tido da.. Esok pagi ada benda nak disetelkan. Daa..~

TIBA



Tok adalah lagu pertama yang aku compose sendiri... Harap sudi2 la mendengar... Komen dan kritikan membina anda amat diperlukan.. sekian terima kasih.. :P
*Ada juak lagu-lagu yang aku polah cover.. boleh la view channel Youtube saya... hehe...

HASIL USAHA LIMA TAHUN DAN SETENGAH... ALHAMDULILLAH...



Beberapa hari yang lepas, result final aku dah keluar. Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pengajian aku, Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Pengajian Matematik (Pendidikan Rendah) dengan ijazah kelas kedua bahagian bawah dengan CGPA 3.54. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur dengan keputusan yang dah aku dapat hasil keputusan aku sendiri, walaupun pada hakikatnya aku target untuk dapat CGPA lebih tinggi dan at least grad dengan ijazah kelas kedua bahagian atas. Sikpa, insya allah, jika diberi kesempatan dan peluang, aku pasti akan sambung belajar dan insya allah aku cuba untuk dapatkan result yang lebih baik pada masa akan datang. Amin...
Emm... Masih belum ada kabar lagik tentang surat posting. Nebes juak rasa menunggu. Hehe.. Apa2pun, sekarang tok aku nak rehat sepuasnya sebelum menempuhi alam yang penuh dengan kerja kelak. Semenjak mak aku datang dari kampung ke Kuching, aku rasa berselera jak makan sebab mak aku yang masak, dan yang pastinya makan minum aku memang sangat terjaga. Hari tok ajak tek aku makan nasik tiga kali. Hahaha.. Aduh.. Sik lamak agik gemuk la aku tok. Mun ajak la... Hahaha.. Tapi harap-harap juak la aku akan dapat menggemukkan sikit badan aku biar berisik sikit. Senang sikit nak beli baju ka, dan at least sik la terlalu kurus seperti sedia ada tok. Paling latest aku timbang, berat badan aku ialah 50.2 kg. Wah.. Dah mencapai 50 kg dah.. Harap-harap ada peningkatan lagik la selepas tok... :P

Monday, December 12, 2011

NEW. BARU.


Lama sudah blog ini tidak dijenguk. Apa khabar semua? (mun ada orang follow blog tok la.. Huhu..) Emm.. Tergerak hati nak menulis malam tok. Nak berkongsi perkembangan terkini. Pertamanya, nak bersyukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah... Masih diberikan kesempatan untuk hidup di dunianya yang sementara tok. Seterusnya, syukur juak skali gik sebab akhirnya, aku telah berjaya menamatkan pengajian selama 5 tahun setengah di IPG KTAR dengan seribu satu kenangan yang sik mungkin akan aku lupakan. KISSM pun dah lepas, interview pun udah juak. So, sekarang tok hanya menunggu surat keramat yang akan memberi petunjuk di mana akan aku memulakan karier aku sebagai seorang pendidik. Maksudnya, tahun depan, 2012, akan bermulalah fasa baru dalam hidup aku, memasuki alam pekerjaan. Alam yang sememangnya aku blum ada pengalaman langsung. Harap2 la aku akan dapat melaluinya dengan baik. Oh ya, result exam pun dah keluar. Hasil usaha 5 tahun setengah di IPG KTAR akhirnya telah memberikan aku CGPA 3.54 dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pengajian Matematik (SR) dengan ijazah kelas Kedua bawah. Aku bersyukur la dengan keputusan yang aku dapat, tapi secara jujurnya... Aku rasa sedikit terkilan dengan result ya. Bila aku kira2 brapa pointer aku untuk semester akhir, tersangatlah rendah. Yalah kan, kita pun sik tauk mungkin segala usaha aku memang bernilai sekecil ya. Tapi, aku rasa aku dah berik yang lebih dari nilai ya. Dan aku rasa mungkin sik sepatutnya aku dapat hanya ya jak. Dah lumrah manusia, susah nak berpuas hati dengan apa yang diperoleh. Tapi aku ada sebab dan alasan untuk sedikit mempertikaikan keputusan yang ada. Walau apa pun, aku redha dengan apa yang dah terjadi. Andai kata la memang ya la result sebenar aku, what to do. Mungkin exam aku teruk, aku rasa aku jawab betul tapi mungkin juak sebenarnya salah. Who knows. Dan mungkin juak gred internship aku rendah menyebabkan pointer aku drop terlampau lah banyak. Tapi mungkinkan gred internship aku terlalu rendah? Terfikir juak aku untuk kontek IPG KTAR untuk check result penuh macam ne. At least dapat la juak aku kesan di sine kelemahan aku sehingga pointer aku jatuh merudum. Dapatla juak aku molah muhasabah diri untuk penambahbaikan. Tapi, bila dikenangkan balit, rasa berat pun ada juak nak pegi check sebab rasanya officially result dan dimeetingkan dan dah diconfirmkan. So, mungkin perubahan yang agak mustahil untuk dibuat. Seriously, lepas jak aku dapat tauk CGPA akhir aku, hanya tuhan jak tauk betapa down nya aku. Tapi alhamdulillah... Sekarang tok dah ok juak sikit dah. Lepas mbak gi jalan2 ngan kawan2 marek. Hidup mesti diteruskan. Apa yang penting sekarang tok ialah apa yang ada di depan. Kita jadikan yang dah berlaku sebagai pengalaman yang akan menjadikan kita lebih kuat dan bermotivasi untuk maju ke depan... Duh... Bergenang indah air mata menaip post tok. Cukup la untuk post tok. Hopefully aku aku lebih bersemangat untuk meneruskan apa yang menanti aku pada masa akan datang. Sekali lagi aku nak ucapkan kepada diri aku sendiri dan rakan2 IPG seluruh Malaysia yang telah berjaya menamatkan pengajian selama 5 tahun setengah. Jumpa anda semua time konvo bulan Mac tahun depan... :)