Friday, February 1, 2013

HELLO 2013

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, maka aku masih diberikan peluang dan ruang untuk bernafas dan diberikan kekuatan untuk mencoretkan sesuatu di laman yang agak lama tidak dijenguk ini. Apa khabar anda semua? Semoga semuanya sihat2 saje. Tahun ini sudah masuk tahun kedua aku menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik di SK Beladin. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Cuma biasalah.. Kadang2 sibuk dengan kerja...
Dan untuk tahun kedua ini juga aku masih belum berpeluang untuk mengajar subjek matematik. Cabaran tahun ini, 3 kelas Bahasa Inggeris, dan 1 kelas Muzik. Alhamdulillah... Syukur saje.. Kalau nak diikutkan, bnyk perkara manis, pahit, masam dan macam2 rasa lagi yg dah berlaku ngan aku pada tahun 2012. Insya allah kalau ada kesempatan aku akan cuba kongsikan sedikit demi sedikit sebagai renungan bersama dari semasa ke semasa. Untuk tahun 2013 ini, aku berazam untuk kembali aktif menulis di blog ni. Ye la kan, at least ada jugak medium yg aku boleh guna untuk berkongsi dan meluah rasa hati.. hoho... Kita sama2lah berdoa semoga azam aku ni akan dapat dilaksanakan.. Amiin.. So kepada pembaca2 sekalian, (jika ada) tunggulah entri2 saya yang akan datang.. Insya allah bermanfaat, menghiburkan, dan menarik.. hehehe.. :P

No comments:

Post a Comment