Terdetik pulak malam ni nak story tentang hobi. Apa itu hobi? What is a hobby? Untuk tidak memeningkan kepala, hobi ni kira macam perkara yang kita gemar atau suka buat la. Setiap orang mesti ada benda atau perkara atau aktiviti yang disukai, tak kiralah ada satu je ker, atau lebih dari satu pun ada. Mari kita tanya diri kita, apakah hobi saya? Hehehe... So untuk post kali rasa macam nak share pulak dengan pembaca2 setia blog ini tentang hobi-hobi aku (kalau ade.. hahaha.. kalau tak de pun takpe.. diri sendiri je la yang baca.. :P )... Aku ada lebih dari satu hobi, jadi aku pilih la top 3 hobi yang aku paling suka skali. (paling suka skali? kalau cikgu BM baca ayat ni memang kena la aku. patutla SPM aku dapat BM 3B.. hahaha...)
Hobi tempat ketiga:
Dengar laguAku suka dengar lagu. Tak kiralah apa genre, asalkan sedap di telinga aku akan dengar. Dek kerana suka mendengar lagu la aku ni slalu je ketinggalan dalam mengetahui info2 penting kalau orang buat pengumuman dalam kelas, sbab kalau kat kelas, time lecturer takde, kompom telinga aku akan disumbat earphone. Hehe.. So aku tak boleh la nak salahkan orang kalau aku tak tau ada pertukaran jadual kelas ke, ada perjumpaan skian2 jam ke, sbab aku xdgr time orang bagitau.. hehe.. Oh ye, time sebelum tido pun aku mesti kena dgr lagu, kalau tak memang susah la nak lelap mata...
Hobi tempat kedua:
Menonton wayangPada suatu hari, bestfriend aku, Nuruddin Zaidi a.k.a Badeng bawak aku gi tengok wayang. Kalau tak silap kami form 3 time tu. Tapi time tu bukanla first time aku tengok wayang, first time aku tengok wayang time aku umur 5 tahun (tengok movie Toy Story, waktu tu Miramar masih ada panggung wayang). Ok kita sambung cerita. Semenjak Badeng bawak aku tengok wayang tu, aku pun mula suka tengok wayang. Kalaula boleh dikumpul smua tiket wayang yang aku tengok, rasanya adala dalam 150++ keping (banyaknyer.. tapi sayang aku tak kumpul pun...) Aku rasalah, kat Malaysia ni aku je satu2nya orang yang akan tengok crita yang sama kat wayang 4 kali. Rekod tuh. Hahaha.. Kononnya best sangat la movie tu sampai aku sanggup tengok 4 kali kat wayang.. Kawan2 aku tak tau nak cakap apa dah tentang hobi aku yang satu ni.. Hehe.. Takpe.. Janji aku bahagia kan. Daripada aku bli rokok baik aku gi tengok wayang (opps... kepada perokok2, tak terniat nak sentapkan anda2 ye.. skadar nak buat analogi saje.. ehehe..:P)
Hobi tempat pertama:
Nyanyi ler.. haha..Hobi yang ni paling aku suka. Mungkin dah darah seni mengalir dari arwah bapak aku kot, so yang mengalir kat aku bakat nyanyi. Bakat main instrumen tak de sangat, smua abg2 aku dah ambik kot. Hehe... Tapi aku memang suka nyanyi. Kalau aku dah sorang2 kat bilik ke, kat umah ke, akan bermulalah projek aku melalak sorang2. Kadang2, aku akan pegi karaoke ngan kawan2. Sebenarnya, family member aku tak brapa tau sangat dengan bakat semula jadi aku ni yang boleh menyanyi dengan baik ( baik ke.. haha.. prasan je la aku neh).. Tapi tu lah hakikatnya.. Aku pun tak pernah nak tunjuk sangat minat nyanyi aku ni kat umah. Aku biasa nyanyi ngan kawan2 je dan time kat IPG. tapi kan, ada suatu hari tu, mak aku bagitau macam ni, " Mak suka la dengar kau nyanyi lagu Saiful yang Ku Juga Mencintaimu tu..." Err... Heran jugak ye.. Bila masa dia pernah dengar aku nyanyi lagu tu.. Emm.. mungkin ada la tu time yang aku tak ingat. hehe.. Jadi skrg ni kalau ada masa2 lapang, aku memang akan ambik kesempatan untuk nyanyi dan disamping tu blaja jugak la nak improve nyanyian. Sekadar untuk suka2.. Lagipun menyanyi boleh buat aku hepi, dan yang penting, dengan nyanyi aku boleh ekspres feeling yang aku tak terluahkan.. Wah.. haha..
So, itulah hobi2 aku? Hobi korang pulak ape? Sebenarnya, bagus kalau kita ada hobi ni. At least kita ada sesuatu yang nak dilakukan pada masa lapang. Tentang baik dan buruk hobi tu, aku no komen la. Tapi apa yang penting, hobi kita tu terdiri daripada aktiviti yang sihat dan tidak memudaratkan diri dan orang lain. Bagi aku, hobi2 aku ni ok je la.. slagi aku hepi, aku rasa tu dah mencukupi. Dan sebagai penghargaan kepada mereka yang baca post ni, ni ada satu video aku nyanyi. Tak la sedap sangat.. Hehe.. tapi sebagai ucapan terima kasih kepada anda2 yang dah sudi membaca blog ni.. Hehe.. Enjoy the video... :)