Friday, July 8, 2011

Pada awalnya tadi aku memang dah nak tido sebab kesihatan yang tak begitu mengizinkan. Selesema + batuk skit2 + rasa panas dalam badan menyebabkan badan aku rasa lemah dan tidak bermaya. Mungkin semua ni disebabkan oleh kesibukan yang melanda aku untuk tiga minggu berturut2 dan akan bersambung lagi pada minggu depan. Minggu pertama untuk semester 8 di kampus dah disibukkan dengan latihan koir untuk konvo yang berlaku tiap2 hari, ditambah lagi dengan melatih budak2 junior untuk koir perhimpunan rasmi bulanan. Kira sejarah terlakar jugak la. First time aku conduct koir. haha.. Masuk minggu kedua, masih lagi sibuk jugak dengan latihan koir untuk konvo, dan juga aku dikhabarkan yang aku join group nasyid untuk wakil kampus kat IPBL 15 Julai ni. So sibuk lagi aku dengan latihan untuk nasyid jugak... Masuk pulak minggu ketiga, hari konvo pun tiba. latihan nasyid masih berjalan dan tak dijangka pulak kami pasukan koir konvo dijemput oleh CM nyanyi kat dewan suarah esok (9 Julai). Terpaksa buat latihan intensif.. Ditambah lagi aku dipilih jadi fasi pulak untuk program untuk junior hujung minggu ni.. Tapi aku terpaksa tolak sebab ada koir... Lepas koir kat dewan suarah esok, aku masih lagi bz bila masuk minggu keempat nanti dengan latihan nasyid, dan coming soon, jadi juri untuk malam bakat adik2 junior... Waaah... Memang terisi dengan begitu padat sekali 4 minggu aku ni.. oh ye.. minggu keempat tu jugak ada pertandingan nasyid kat IPBL tu tadi.. Hope kami dapat buat yang terbaik la untuk menebus apa yang dah berlaku 2 tahun yang lalu.. Huhuhu... Eh... Rasanya aku dah pernah bagitau ttg smua ni kan... Adei.. Suka nak jadi Astro kan.. Haha.. takpe la.. Yang penting aku suka.. Heheh... Apa yang aku nak highlightkan untuk post ni sebenarnya ialah tentang apa yang dah berlaku pada hari ni waktu sesi tutorial...
Hari ini adalah giliran aku dan 3 orang rakan yang lain untuk mendapat surat2 cinta dari kawan2 tentang penghargaan terhadap rakan2. Terima kasih kepada semua kawan2 SMPMT1108 yang dah sudi berkongsi perasaan diorang terhadap aku. Walaupun ada positif dan negatifnya, aku terima semuanya dengan hati yang terbuka. Sepanjang 5 tahun bersama anda semua, banyak yang telah saya belajar. Dari seorang yang kekurangan, menjadi seorang yang terisi dengan banyak kelebihan yang menjadikan saya seorang yang lebih tabah dan berani dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba ini. Hehe.. Apa2pun, aku sangat terharu dengan semua yang korang semua dah tulis tentang aku. Ada yang tulis panjang2, ada yang tulis pendek, tapi aku tau yang semua yang korang tulis tu jujur dan ikhlas dari hati. Terima kasih sekali lagi kawan-kawan.. :) Diharap kita semua akan terus berkawan sampai bila2.. Amin.. Oklah.. Cukupla untuk malam ni. Esok nak kena bangun awal untuk koir kat dewan suarah... Gudnite... Zzzz....

Monday, July 4, 2011

Cinema: Green Lantern


Saya bagi filem ini: 3.5/5 bintang

Satu lagi filem superhero. Agak menarik jugak la bagi aku filem ni dari aspek grafik dan sinematografi. Tapi dari aspek plot dan jalan cerita, aku tak tau nak komen apa sebab aku bukan pengikut komik Green Lantern. Tapi based on pendapat2 orang yang memang ikut komik ni, diorang meluahkan rasa kecewa sikit la sebab apa yang diorang tengok tak sehebat seperti yang diorang expect. Emm.. Aku no komen la. Heheh... Cuma tu lah... Action agak kurang sedikit la. Sebab penjahat mati dengan senang je di tangan hero. Satu tumbukan je dia guna nak tewaskan penjahat tu. Hehehe...

Cinema: Super 8

Bila tengok trailer movie ni, memang menimbulkan tanda tanya la, apa sebenarnya di sebalik filem ni. Trailer filem ni memang berjaya la menimbulkan rasa curiosity dalam diri aku untuk datang tengok dan nak tahu apa yang berlaku. Haha...

Saya bagi filem ini: 3.7/5 bintang

Filem ni memang menguji kesabaran aku la. Mana tak nya, dah nak abis cerita pun aku masih tak tau apa sebenarnya yang dah membuat kekecohan kat bandar tu. dah hujung2 baru terlerai semuanya. Memang tersiksa skit la jiwa sebab time kita tengok kita macam masih blur tak tau apa berlaku kat bandar tu sedangkan kita memang dah tengok dengan fokus tu. Rupa2nya alien... Hahaha.. Apa2pun cerita ni bagus untuk ditonton bersama kawan2 dan sahabat handai. Hehe...


Masih lagi dalam minggu sibuk

Minggu baru bermula lagi. Dan seperti biasa, rutin harian pegi kelas, balik kelas, pegi makan, tengok tv... Tapi aktiviti IPG aku masih belum habis lagi. Coming up next ada latihan koir untuk konvo hari Khamis ni (7 Julai 2011) dan pertandingan nasyid hari jumaat minggu depan (15 Julai 2011 kat IPG KBL). Eh.. ada satu lagi.. Jadi juri jemputan untuk Malam Bakat Pelajar baharu IPG KTAR hari Khamis depan (14 Julai 2011). Hmm... Penat tak payah nak digambarkan la.. Tapi apa2 pun aku nak menikmati hari-hari akhir di IPG dengan penuh bermakna dan kalau boleh nak involve dengan aktif la. Hehe.. Al maklumla.. Lepas ni susah nak dapat pengalaman macam ni kat tempat2 lain. Kat IPG je ader..

Friday, July 1, 2011

Life must go on (^^)

Sedar tak sedar, dah minggu kedua dah kuliah di kampus. Dalam masa dua minggu ni, macam2 perkara yang blaku kat aku, sama ada yang dijangka atau pun yang tak terjangka dek akal. Walaupun ada kalanya aku rasa lemah dan tak mampu nak menghadapi semua kejadian2 tu, tapi aku tak boleh nak mengalah. Hidup mesti diteruskan. Dalam hidup ni, tak semua orang sukakan kita. Aku pun malas nak mengulas lanjut tentang satu peristiwa yang aku rasa sangat menyedihkan aku pada minggu ni. Apa yang aku tahu, siapa yang benar akan tetap benar, dan lambat laun orang akan tahu kebenarannya. Dah la.. Nak diceritakan pun tak ada gunanya. Lebih baik teruskan kehidupan. Ada banyak lagi benda yang aku nak buat. Takkan kerana peristiwa macam tu aku nak mengalah. Cuma aku harapkan aku akan terus diberikan kekuatan untuk menghadapi semua dugaan yang bakal ditempuh pada masa depan... Selamat hari Jumaat semua. Nanti2 aku story2 lagi keyh.. (^^)


Hayatilah lagu ni... Semoga kita semua akan diberikan ketabahan untuk mengharungi hidup penuh cabaran ini...