Belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir Dan batin. Di kesempatan yang ada, aku nak mintak maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah tersinggung disebabkan oleh kata2 ataupun perbuatan aku yang mungkin aku tak sedari. So, di hari baik bulan baik ni harap2 kita semua dapat menjernihkan segala yang keruh. Sekarang dah masuk syawal yang keenam, nampaknya raya tahun ni agak kurang seronok berbanding tahun2 lepas sebab aku tak pergi banyak rumah kawan2 dan aku demam. Dah lama jugak blog ni tak berpost baru. Ini pun post yang aku try guna Q10 untuk post. Insya Allah lepas ni aku akan lebih banyak menulis dan berkongsi apa yang berlaku dalam hidup aku seharian. Kongsi yang patut je la. Yang lain tu simpan untuk diri sendiri je. Alhamdulillah, tahun ni no 1, no 4 dan no 5 balik beraya di kampung (aku le no 5) . Mak cakap dia berharap sangat tahun depan no 1 sampai 5 boleh balik untuk beraya. Lama jugak smua balik serentak untuk raya pertama. Dan semestinya semenjak tahun lepas lagi aku dah hilang kelayakan untuk dpt duit raya. Aku pulak yang kena bagi duit raya. Tapi xpe la. Mungkin zaman aku dah berlalu, so aku kena sedar sikit la yang aku ni dah 25 tahun.
Selamat hari raya aidilfitri. 5, ibunda, 1 dan 4. Akan lengkapkah pada tahun depan?
No comments:
Post a Comment