Alhamdulillah... Sembuh jugak sakit tekak + batuk2 + flu + demam yang aku dah alami semenjak minggu lepas. Sesungguhnya sakit itu sangatlah tidak menyeronokkan. Waktu kita sakit kerja kita pun semua jadi serabut. Lepas ni kena jaga betul-betul makan, tido kena cukup, rehat kena cukup, semuanya mesti cukup. Baik je aku demam, mak aku pulak yang demam. Macam ganti baton pulak. Hehehe... Apa2pun harap mak cepat2 sembuh ye... Lepas puasa dan raya ni, bila aku timbang berat badan, turun pulak berat. Dari 58kg turun ke 55kg. Satu perkembangan yang tak berapa elok sebenarnya. So, kena buat sesuatu la untuk cover balik berat yang hilang, sebab berat badan ideal untuk aku kira2 dalam 60kg. Entah bila la aku akan dapat berat ideal tu. Hehe.. semenjak dua menjak ni, selera makan aku macam berkurang pulak. Jerawat pun banyak dah tumbuh. Stress kot.. Tapi aku pun tak tau aku stress sebab apa. Hahaha.. Aku rasa aku perlu stop untuk entri ni sebab merapu2 pulak dah benda yang aku tulis. Haha! Demam dah abis betul lagi ni. Tu la tulis pun tah apa2. Tapi ye la kan. Menulis ni salah satu cara nak release stress kalau kita xde teman nak luahkan. Apa2pun tunggu je la entri lepas ni. Mungkin ada benda2 lain yang lebih berfaedah boleh aku kongsi. Oh ye, kalau kita demam, sila minum air suam banyak2. Sila jangan gatal nak minum air ais. Nanti buruk padahnya macam aku. Hahahahaha (takyah la aku bagitau apa padahnya. Korang boleh pikir kot. :p)
No comments:
Post a Comment